Saturday, 27 September 2014

Persediaan melancong 1


Jenuh Ammal pikir, tetap tak jumpa tajuk yang sesuai...
BM ke laut, English apa tah lagi...huhuhu
Entry yang sebelum ni, Ammal dah edit jadi Persediaan Melancong 2.
Entry kali ni kira tips yang pertama. Baru ler betul!!
Haru biru betul Ammal menulis ye.
Mintak maaf la. Banyak sangat yang ada dalam kepala ni.
Kadang-kadang memang gitu la jadinya...

Ammal akan pecahkan entry Persediaan Melancong ni ke beberapa bahagian.
Jadi nanti, senang la untuk kawan-kawan pilih tips mana yang diorang nak baca.
Benda yang Ammal nak share pun banyak.
Kalau letak banyak-banyak info dalam satu entry, kalau orang baca tak serabut, Ammal yang serabut nanti.
Ammal tumpukan preparation ni untuk trip ke luar negara la ye.
Kalau dalam negara, rasanya tak ada masalah sangat.
Pada Ammal persediaan untuk melancong ke luar negara tanpa ambil tour package atau tour guide, tersangaaattt la banyak yang perlu dibuat
Selalunya untuk tidak terkocoh-kocoh dan kelam-kabut, Ammal akan prepare setahun awal.
Jadi untuk diletak semua dalam satu entry SANGAT tidak seswei!

Dalam entry ni, Ammal akan bagi point-point penting.
Things to do list la mat saleh cakap... Ammal campur je la English & BM ye.
Malas betul nak translate & betulkan ayat BM Ammal.
Yang penting korang faham!
  1. Destinasi 
  2. Budget
  3. Flight ticket & transit option
  4. Visa
  5. Custom & Immigration
  6. Travel insurance
  7. Accommodation
  8. Transportation
  9. Attraction, activities & shopping
  10. Makanan halal, waktu solat & kiblat, things to buy list,
  11. Voucher & discount
  12. International telephone code, credit card, roaming, map, GPS, lattitude/longitude, weather, money changer
  13. Airport; check-in, transfer, gate & times, things to bring list
Ok... Apa nak prepare, nak buat, kalau nak pergi travel?
Emm…apapun, kalau dah tau nak pergi travel, first and foremost kena la simpan duit ye.
Lain la kalo korang memang banyak duit.
Bagi yang bekerja makan gaji pulak, kena la simpan annual leave korang.

Topik ni Ammal buat untuk yang bakal travel sendiri. Maknanya yang tak ambil tour package!
Apa kelebihan travel sendiri tanpa perlu ambil full tour package?
Ammal pernah ambil full tour package sekali sahaja, masa ke Gold Coast Australia.
Masa tu anak sulung Ammal baru setahun setengah.

Pada Ammal kebebasan tu kurang. Masa terikat dengan itineraries yang dah ada dalam plan agent.
Nak singgah di mana-mana tempat yang nampak menarik dalam perjalanan tu, memang tak ada la kan.
Jadi sejak tu, Ammal buat semua sendiri, A to Z!
Husband tolong vet aje. Samada dia setuju atau tak dengan plan dan budget Ammal.
Seriously, lagi puas hati! Tak terkejar-kejar dengan masa orang lain.
Kalau rasa nak singgah shopping ke, nak berhenti tengok view yang lawa ke, sukati!
Cumanya, nak buat tu semua tak senang.
Banyak perkara nak kena buat, kena baca & cari, kena teliti dan kena la rajin.
Kalau malasss, jangan la berangan nak buat sendiri ye. Baik korang ambik package aje :P
Bila dah start kumpul duit, kena la decide arah tujuan destinasi percutian.

Info destinasi
Ammal suka beli buku…
Ada antaranya Ammal beli sebab plan nak pergi, tapi plan bertukar atas sebab-sebab tertentu.
Hotel mahal pun boleh jadi salah satu sebabnya..hihihi
Buku pulak, Ammal selalu beli Lonely Planet, Insight Guides & Time Out
Buku-buku Lonely Planet info nya sangat detail. Bila baca negara-negara Europe, boleh tido dibuatnya. Macam baca buku sejarah... hahaha...mintak maaf kalo ada kawan-kawan atau cikgu yang mengajar subjek tu ye.
Ammal memang tak minat...huhuhu
Buku dari Insight Guides & Time Out pulak lebih banyak info bergambar.
Ceria sikit. Idok le mata teman berat dan bagai nak terpejam...

Bila ada few countries yang dalam perancangan gigih la Ammal membaca siang & malam.
Ammal akan baca TripAdvisor, cari buku & ambil pamphlet kat MATTA Fair, check web tourism negara berkenaan, check travelogue dan juga baca web travel guide yang berlambak antaranya http://www.lonelyplanet.com/ dan http://www.fodors.com/
Selain tu, seperti biasa Ammal akan tanya boyfriend Ammal, Mr. Google.
Kat Mr. Google, Ammal akan tanya, things to do in dot dot dot. Kalau Paris, type ler Paris.
Nanti akan keluar listing Point of Interest berserta gambar-gambarnya.
Click la yang mana berkenan & teruskan pembacaan sampai puas hati & lebam mata! hahaha

Contoh hasil pencarian Mr. Google

Contoh link untuk TripAdvisor seperti di atas ni.

Ni buku-buku travel yg Ammal ada.
Yg kat belakang tu kebanyakannya pamphlets dari MATTA Fair
 
Ok... setakat ni tips untuk kali ni; focus on Destinasi!
Kalau ada tambahan, nanti Ammal buat entry baru la ye.
 
Annyeong!

No comments: