Sunday, 30 November 2014

Orlando, Florida, kami datang lagi!

Orlando dari udara. Cer kira berapa banyak tasik yg korang nampak!

Buat pertama kalinya, Ammal buat entry live from Orlando, FLorida, USA!
Insya-Allah, I'll be in US for a few weeks.
Vacation kali ni banyak sungguh dugaan. 
Cuti yang menjadi kontroversi dan juga pelbagai dugaan lainnya...

Apa pun, Alhamdulillah, selepas lebih kurang 28 jam perjalanan dengan 2 transit, Ammal dan keluarga selamat tiba di Orlando pada hari Khamis, 27 November 2014, lebih kurang jam 2.20 petang waktu tempatan.
Flight Ammal KUL-NAR-ORD-MCO, bertolak pada hari Rabu, 26 November 2014 pukul 10.50 malam waktu Malaysia menaiki JAL.
26hb tu Ammal masih pergi ofis cam biasa.
Kasi settle semua kerja yang boleh settle.
Delegate kerja kat kawan2 & siapkan yang mana boleh untuk monthly report Ammal.
Airport Narita

Aiport Narita ada surau. Tapi surau simple.

Gini ajer rupanya.

Ammal tiba di Narita pada 6.40 pagi 27 November 2014 untuk transit selama 4 1/2 jam.
Sambung penerbangan ke Chicago pada pukul 11.10 pagi dengan JAL jugak.

Airport Chicago
Tiba di Chicago untuk 2nd stransit selama 3 jam, pada hari Khamis 27 November 2014 pada pukul 7.59 pagi.
Dan kemudian terbang pula ke Orlando pada pukul 10.50 pagi dengan American Airline.
Fuhh... jenuh korang baca!
Ammal & keluarga pun jenuh turun naik flight.
Jenuh tapi seronok...
Ammal lebih suka transit banyak kali dari straigh berpuluh jam dalam flight.
Boleh kematu montot! hahaha
Bila transit gini dapat la jimat sket harga tiket...
Iye... tiket dengan stop over selalunya murah dari direct flight.
Walaupun kalau tak ada transit, the duration cuma dalam 21 jam... hmmm
Tak kisah la...
Selain tu dapat juga cuci mata & bagi idea for next destination ;)
Sepanjang perjalanan, makan tido ajer la.
Ammal dah buat reservation for muslim food beberapa minggu sebelum terbang.
Yang tak dapat makan cuma flight domestic dari Chicago ke Orlando.
Sebenarnya ada insiden sket jadi kat Ammal masa flight tengah take off dari Narita... ngeri jer bila ingat
Bila travel jarak jauh ni biasa la kan... badan sakit2. 
Masa nak berlepas tu, Ammal buat simple exercise kat pergelangan kaki.
Tapi entah macamana, lutut Ammal boleh bergerak.
Lari & terkeluar dari tempurung.
Macam dalam gambar Mr. Google kat bawah ni...


Ammal try tolak, tak leh masuk.
Dengan muka cuak, pandang muka husband, Ammal bagitau keadaan lutut Ammal.
Ya Allah... sakit & ngilu tak tau nak kata laaa...
Dalam kepala dok bayang macam2 dah.
Dok bayang stewardess carik doctor dlm flight & org semua pandang Ammal.
Terbayang gak apa bakal jadi kat vacation kitorang...
Husband suruh sabar sampai kapal stabil... 
Tapi Alhamdulillah... lepas baca selawat Syifa' beberapa kali lutut Ammal kembali pada position normal.
Tapi ngilu tetap ler ada...
Pastu terus mintak ice pack kat stewardess....huhuhu

Ok... tutup citer ngeri...huhuhu
Ammal sebenarnya dah pernah sampai Florida 2 tahun lepas; 2012.
Masa tu buat trip untuk 3 minggu.
Ammal repeat ke sini sebab ada benda yang Ammal & keluarga tak sempat buat.


Sesampai di Orlando Airport, lepas ambik beg, terus pergi settle kereta sewa kat kaunter yang disediakan
Pun Ammal ambik online.
Cam tips yg Ammal pernah citer kat sini dulu.
Dapat la jimat 'singgit dua'
Yang best kat US ni, kereta sewa, cakap jer nak jenis apa.
Full size, premium atau SUV etc
Sampai masa, pilih ler kereta apa yg korang minat.
Kereta pun tak berkunci.
Kunci kereta selamba badak jer depa letak dalam kereta tu
Nak tau kereta tu dah ada org ambik atau tak, tengok kat wiper dia.
Kalau naik, maknanya dah ada orang booked.
Kalau tak, boleh terus masukkan beg, dan gerak... TERBAEKKK


Kali ni, Ammal menginap di Fairfield Inn & Suites Orlando International Drive/Convention Center.
Kalau ikutkan, lebih elok menginap di Hampton Inn. Boleh collect point.
Macam yang Ammal cerita kat Cuti-Cuti KL.
Tapi Ammal & husband decide untuk try hotel lain pulak kali ni.
Hari Ammal sampai 27 November tu public holiday di US; Thanksgiving Day deme panggil.
28hb tu pulak dikenali sebagai Black Friday iaitu 'Hari Shopping Sedunia'!
Tapi kali ni, depa start sale sehari awal.
Jadi, aktiviti pertama Ammal, sesampai ajer di hotel ialahhhh... SHOPPINGGGG...
Dengan tak cukup rest beberapa hari sebelum travel. 
Dengan penat & jetlag... semua tu tolak tepi!
Gambar traffic jam kat kawasan shopping tak sempat ambik sebab nak cepat balik bilik & berehat.

Yg ada gambar ni je...
Melampau la kalau nak buat cam mat saleh sampai tido kat kedai semua tu kan...
Tapi itupun pukul 4 lebih jugak baru balik hotel.
4 pagi okay! Bukan 4 petang! Hahaha
Lepas Subuh dalam 6.30 Ammal tido & bangun kol 9 suruh anak2 & husband pergi breakfast.
Ammal tak larat & malas nak bangun dari katil...

Ikut itineraries, 28hb pie Disney Quest. Tapi gedebak gedebuk, pukul 3 baru kitorang pergi collect tiket DQ tu sekali dengan 1 day park to park ticket ke Universal Orlando Resort.
Ammal beli tiket2 tu online & dapat total discount sebanyak $8 seorang untuk kedua-dua tiket.
Cuma tiket2 tu kena pergi self collect di UPS Store.


Gini la antara mainan dalam DQ
Apa dia Disney Quest?
"DisneyQuest is an "indoor interactive theme park" located in Downtown Disney at the Walt Disney World Resort in Florida. It is housed in a five-story, windowless building. Guests enter the first-floor lobby and are transported via a "magic" elevator to the third floor atrium at the start of their visit. Guests can expect to enter a large arcade complete with eight attractions inside." http://en.wikipedia.org/wiki/DisneyQuest

During last trip, walaupun dah spent 10 days just to enjoy the Walt Disney World, tapi takkk sempat langsung nak singgah ke Disney Quest ni.
Terkilan tok sah kata la.
Sebab tu la trip kali ni, kitorang decide untuk pergi jugak.
Sampai DQ dah dekat pukul 6.... kol 10 baru gerak balik...
Sejuk gedi tok sah cakap la... 12 degree...
Dah penat balik hotel & dinner pun makan Brahim je...hahaha

Now dah pukul 12.34 malam.
Ammal kena tido
Kepala masih macam dalam bot, berbuai2 je.
Esok kalau ada masa Ammal update lagi.
Ni guna handphone. Laptop bengong tak leh edit blog.


Annyeong!

4 comments:

Unknown said...

Nak tanya,sewa penginapan kat florida mahal x utk satu mlm???

Ammal said...

Penginapan ada banyakkk sangat kat Orlando. Sewanya ikut budget masing2 la. Semurah RM100++ pun ada. Kena rajin carik je. Macam Ammal, most hotel yg Ammal ambik dalam range RM300++ semalam which is veryyy comfortable.

erin said...

hye nak tanya. nak buat visa ke sane buat dekat mane eh? and berapa lama tempoh nak buat visa ?

Ammal said...

Boleh baca kat sini

https://www.ustraveldocs.com/my/my-niv-visaapply.asp