Tuesday, 6 January 2015

Ke Atlantis Paradise Island, Bahamas

Atlantis Paradise Island dari port Nassau

2hb Disember 2014, pagi-pagi lagi kapal dah berlabuh di port Nassau (pronounce as Na-so), Bahamas. Kitorang dah ready pakai swimming suit utk pie snorkel. Tengok view, Subhanallah! Cantik sangatttt. Syukur Alhamdulillah, Ammal selamat sampai kat salah satu tempat impian Ammal. Walaupun tak dapat stay lama sebab ikut jadual cruise, rasa bersyukur sangat dapat jugak jejak. Mulut ni tok sah dok cakap la... Kagum sangat dengan dunia ciptaan Allah. Kami pie breakfast kenyang2, bagi makan ubat kat anak yg demam, packing barang snorkel apa semua, terus turun. Sebelum keluar kapal, kena pastikan pass & passport ada.

Owhh... lupa nak cerita. Dalam kapal ni, semua cashless. Dari Malaysia lagi Ammal dah update online detail apa semua. Bila check in, diorang double check, ambik gambar & dapat la pass sorang satu sebagai pengenalan diri, e-wallet & kunci bilik. Jadi dalam kapal bawak ke hulu ke hilir pass tu aje. Passport & duit simpan dalam safe yang ada dalam setiap cabin. Nak check-out nanti, kalau nak bayar pakai cash boleh, atau nak lagi cepat, credit card aje. Selain tempat makan, dalam kapal ada kedai shopping tau. Duty free! Jadi pempaham sendiri la ye...

Port di mana semua cruise ship berlabuh

Ok, jom sambung. Kamera kitorang masa dah turun kapal tu, non stop dok click sini sana... Matahari terik, tapi angin yang bertiup sejuk sesedap rasa. Dan apa yang Ammal perasan, laut dia tak hanyir macam biasa. Mungkin sebab dari lautan yang luas kot...

Itinerary yang Ammal plan untuk hari tu memang untuk mengadap laut puas-puas. Salah satu tempat tujuan ialah ke Atlantis Paradise Island. Ikutkan dalam cruise ada offer tour ke sana. Tapi lepas baca review apa semua, orang kata buat sendiri lebih murah. Jadi kitorang decide untuk pergi sendiri. Pilihan samada nak naik taxi atau water taxi (boat). Naik taxi katanya $4 seorang untuk one way dan lagi cepat. Kalau naik water taxi diorang tunggu penuh baru jalan. Kadang ambik masa sampai setengah jam. Uihh... rugi masa! Jadi naik taxi ler kita! Tak yah risau. Lagipun petua nak travel, kena sentiasa buat muka berani & yakin. Jangan dok kalut takut tak tentu pasal. Orang boleh baca & lagi senang nak kena tipu! Kluar je kawasan port tu, tokei-tokei taxi dah menunggu. Terus gitau arah tujuan dan dgn sekelip mata dah dapat group utk naik van. Naik van, pusing-pusing, tau-tau kitorang dah naik jambatan untuk ke Atlantis.

Sampai Atlantis, kitorang terus mencari tour desk. Tanya orang, baca signboard turun ground floor, terus jumpa. Bila tanya, betul seperti yang diberitahu. Pakej Atlantis Beach Day cuma $69 seorang dewasa & $49 utk kanak-kanak. Kalau ambik yg RCL sediakan $85.75 untuk dewasa & $59.75 untuk kanak-kanak. Banyak beza kan! Termasuk dalam pakej Atlantis Beach Day ni, tour guide untuk jelajah resort Atlantis yang besar tu, masuk The Dig (Aquarium), lunch & guna towel, kerusi payung di pantai tanpa had masa kecuali water park diorang. Berbaloi la kan?! Tapi diorang bagitau, satu pantai ditutup. Bukan tutup apa, tak boleh mandi. Sebab cuaca tak elok. Tak puas hati la jugak mula-mula tu.
Hiasan kristal jutaan ringgit dalam kasino

Tour guide sampai dalam setengah jam lagi. Dalam menunggu tu, Ammal ronda-ronda dulu kawasan berdekatan. Bila guide sampai, terus la dibawa berjalan sambil diberi penerangan. Dia cerita pasal hidupan laut yang ada kat Bahamas, undang-undang laut dia, pergi tengok kasino diorang dengan hiasan kristal yang berharga jutaan ringgit dan selepas dalam 1 jam, kitorang ditinggalkan di tepi salah satu lagoon yang ada untuk berendemm. Tapi bukan ditinggalkan begitu aje. Seperti biasa la. US ni kena hulur tips manjang. Walaupun Bahamas tu negara lain, adat & cara dah ikut US. Jadi hulur ler kat dia dua tiga dollar. Dah hulur baru dia gerak. Kalau tidak dia berdiri tegak pot pet pot pet bagi hint...huhuhu
Lagoon yg ada kat situ kecik. Tapi budak-budak mana dia kisah. Terus terjun masuk laut & main pasir. Ammal main kejap, pastu zzzz kat kerusi yang ada. Syiokkk woo tido kat tepi pantai dengan suasana & cuaca kat sana. Bila sedor dari tido, terus paksa semua gerak pie tengok lagoon & pantai lain.

Ni la lagoon yang comel itu!

Get ready untuk zzzz....

Sampai kat pantai yang diorang tak bagi mandi tu tengok bendera merah. Patut ler depa tak bagi mandi. Ombak diaaaa... fuhhh. Meremang bulu roma! Tapi pasir & pantai kat situ memang superb la.. Anak Ammal siap guling-guling kat pasir dia. Dah kata tak leh mandi, dengan berat hati kitorang gerak pie tengok lagoon yang ketiga.

Bendera merah! Tapi nampak macam tenang je laut tu kan...

Tapi tengok pokok kelapa tu. Badan Ammal macam nak melayang kena tiup angin...

Bila sampai pantai ketiga, tengok ombak tetap kuat. Tapi sebab ada banyak batu, jadi kekuatan ombak tu kurang la jugak. Jadi berendam kat situ la Ammal & anak. Niat nak bersnorkel, tinggal angan-angan. Tapi tengah Ammal syok berendam, tiba-tiba ada ombak kuat datang. Bedebush Ammal tenggelam kejap... Terus surrender la jawabnya. Terkujat jantung! Pie pantai tengok si kecik sudah naik temperature badan. Aduihhh la. Ubat lupa bawak la pulak! Tak lama lepas tu, nak tak nak, terpaksa la gerak. Cari tempat lunch pun dah tak der keinginan sgt. Jadinya terus balik Atlantis & ambik taxi untuk balik ke port.

View port waktu malam

Gedebak gedebuk, buat itu ini, dah malam baru Ammal teringat. Ammal tak pie Market Straw lagi. Dalam pukul 8 lebih, Ammal kluar balik dengan husband. Tapi yang sedihnya, diorang kata, Market Straw dah tutup. Jadi Ammal beli souvenir di kawasan port aje dengan kedai yg cuma ada 3-4 ajer yang masih buka.

Tepat 12 malam, kapal start gerak utk ke destinasi berikutnya.... CocoCay!
Next entry nanti Ammal cerita pasal CocoCay, Key West & Miami ye.


Annyeong!

No comments: