3 Disember 2014 sepatutnya kalau ikut itineraries dari 8 pagi sehingga 5 petang kami ke CocoCay, private island hak milik Royal Carribean. Pulau ni tak jauh pun dari Bahamas. Bangun pagi tu, celik mata, boleh nampak pulau tu dari tingkap cabin.
Tapiii... lebih kurang pukul 8 pagi, Captain buat announcement. Katanya disebabkan cuaca tak elok, kapal tak boleh tender. Tender ni bukan berlabuh (docked) ye... Kalau docked, ada port. Tender ni, kapal duduk tengah laut. Kemudian akan ada bot lain yg datang jemput untuk pergi ke pulau. Katanya lagi, apa2 pakej & tour yang dibeli akan dapat refund. Ammal memang tak beli apa cuma dah berangan berbulan-bulan sebelumnya, untuk bersnorkel di pulau ni. Sanggup bawak beg berat dari M'sia yang penuh dengan barang-barang untuk snorkel. Macam2 video yang orang share kat YouTube pasal pulau ni Ammal tengok. Tapi apa kan daya... kita hanya merancang... Allah jua yang menentukan.
Captain kata, sebab dah tak boleh stop di CocoCay, kalau dapat green light, dia try dock kat Key West awal. Jadinya aktiviti sepanjang haritu, ialah makan, tido & ulang shopping! Restaurant semua penuh dengan umat manusia. Bila nampak Putu, cakap ngan dia, Ammal frust tak dapat pergi CocoCay. Putu kata, hujung tahun memang cuaca selalu tak elok. Bila tanya bila waktu sesuai, dia kata May sampai September. Cane nak repeat? Mana la pulak nak dapat cuti sekolah panjang tengah tahun kan... :((
Memandang CocoCay dari jauh
Walaupun Captain kata dia try dock awal kat Key West, tapi akhirnya tetap ikut jadual asal iaitu 7 pagi, 4 Disember. Kitorang rasa mesti sebab tak dapat green light dari immigration US. Sampai kat Key West, bermakna kitorang dah masuk US balik. Masa breakfast, diorang buat announcement. Ada custom & immigration clearance sebelum boleh turun. Bila turn family Ammal jumpa pegawai yang bertugas, boleh pulak chit chat serba sedikit. Dia kata dia pernah datang Malaysia. Pergi Penang, KK & mana lagi ntah. Nice country katanya... kembang montot kejap... hehehe
Antara pulau di Key West
Port di Key West
Deretan kedai duty free
Key West ni letaknya di selatan Florida. Kira penghujung US la. Cuaca lebih kurang Bahamas. Dulu datang, Ammal cuma sampai di Key Largo. Tak sampai ke sini. Ni bila dah sampai, tengok keadaan dia ala2 kawasan kampong sungguh. Tapi bukan sebarang kampong. Rumah-rumah di Key West berharga jutaan USD ok!
Cam gini la rupa rumah2 & bangunan di Key West.
Di Key West, Ammal ambik trolley tour. Hop on hop off nyer style. Kitorang pusing-pusing sekitar kawasan tu. Turun ambik gambar, jalan kaki, makan ice cream (sebab panas berdenting!) & shopping serba sedikit. Kedai-kedainya kebanyakannya duty free. Jadi jimat ler sikit ;) Dalam 5 petang semua guest kena balik ke kapal. Kapal akan meneruskan perjalanan kembali ke Miami. Malam tu, dah kena start packing. Dalam pukul 10 malam, kena letak semua beg luar cabin untuk porter ambik. Baju-baju yang nak dipakai, kena letak beg lain... Masa masuk cabin lepas balik dinner, nampak bil semua dah ada atas meja. Dan ada jugak envelope WOW. Cam yang Ammal bagitau sebelum ni, naik cruise ni kena bayar gratuity. Envelope WOW tu pulak, as an extended gratuity buat mana2 staff diorang yang kita rasa perkhidmatan mereka buat kita 'WOW!' gitu...
5 Disember lebih kurang pukul 7 pagi, kapal selamat tiba di Miami Port. Bermakna hampir berakhir la sudah perjalanan Ammal dengan Majesty of the Sea :(
Lepas breakfast terus kemas cabin. Tapi sebelum tu, Ammal tulis nama kat envelope WOW & pergi masukkan ke box yang diorang sediakan. Korang rasa siapa yang Ammal & husband hadiahkan envelope tu? Haaa... cer teka.. cer teka! Yg dah baca kat FB, confirm tau ;)
Miami Airport
Turun dari kapal, kena lagi sekali custom & immigration... lepas tu terus naik bas nak pergi Airport Miami & ambil kereta sewa. 5 Disember tu kan hari Jumaat, jadi lepas ambil kereta, kitorang terus cari masjid. Alhamdulillah jumpa. Tapiii... nak menunggu diorang solat Jumaat punya la lambattt... Sempat tido la kitorang dalam kereta. Ada 3-4 kereta pelancong lain jugak yg datang selepas kitorang. Pun terpaksa menunggu. Ada yang sempat pergi merayau pulak lagi... Bila dah sampai waktu, khutbah nya pulakkkk... lagi sekali buat Ammal tertidur dalam kereta. Panjang sungguh! Tapi bila selesai, husband Ammal puji khutbah dia. Ye la kan... bebas bersuara. Bukan macam kat M'sia :p
Ni la masjid nya. Besar kan!?!
Selesai solat, kitorang terus pergi check-in hotel. Hotel-hotel di Miami tersangat la mahal. Nak-nak kalau yg letaknya betul-betul di Miami Beach. Di Key Biscayne pun lebih kurang sama jugak. Jadi dengan budget yang ada, Ammal cuma mampu ambil hotel di Bandar Miami. Itu pun boleh pengsan kalau nak duduk lama-lama. Jadi cukup la merasa selama 2 hari 2 malam...
Key Biscayne Bay yang sangat lawa & bersih
Hari kedua itinerariesnya ke pantai & shopping complex. Dari apa yang kita tau, minah2 saleh kat sana tak suka pakai apa2 bila pergi pantai (B***L la kan). Jadinya, sebelum nak ke pantai, Ammal dah pesan dengan anak2 awal2 lagi. Kalau nampak yang 'over expose', sila tutup mata. Tapi ok la. Tak de la insiden2 tu. Yg two pieces memang berlambak. Tak leh nak buat apa :p
Pantai yang lawa, yang sempat Ammal pergi, sudah semestinya Key Biscayne. Pasir putih bersih & halus. Tapi malangnya, pantai kat situ boleh bawak pet. Jadi pempaham la kan, binatang apa yang banyak berkeliaran. Bersih memang la bersih. Tak de la najis2 bertaburan. Walaupun sebelum travel Ammal dah tanya mereka2 yang arif, boleh ke kalau Ammal nak mandi kat situ & mereka jawab boleh. Cumaaa... Ammal geli. Anak-anak Ammal pun, sama. Kitorang turun kat Biscayne konon nak main2 jugak la sikit2. Tapiii... tak sampai 2 minit, berkejaran datang pet2 ni dengan tuannya. Depa berkejaran datang, kami pulak bertempiaran pergi parking & terus masuk kereta...hahaha. Jadinya, gambar pun cuma dapat sekeping dua... sadesss...
Crandon Park
Jellyfish yang bertaburan sepanjang pantai...
Pantai di Crandon Park
Jadi dengan berat hati, kitorang pergi ke Crandon Park. Pantai di sini walaupun tak dibenarkan bawak pet, tapi pasir & pantai dia kotor. Air lautnya dah ala2 di PD. Jellyfish mati bertaburan kat tepi pantai. Ammal tak bagi anak2 mandi takut kena sengat. Kalau tak kena sengat direct pun, air dia mesti boleh buat kulit gatal2 & bisa sebab serpihan sesungut jellyfish sure banyak dalam laut...
Travel di Miami ni memang mencabar kesabaran. Jalan-jalannya bersimpang siur, banyak flyover, banyak traffic light dan susah cari parking. Dannn... traffic jam dia, kussss semangat. Tak tau la keadaan memang normal camtu atau Ammal datang silap masa. Masa first night nak cari dinner kat restaurant halal, kitorang dah bazir masa 3 1/2 jam. Dengan jalan jam, road block dan jalan tutupnya, restaurant pulak tak jumpa. Pengabis, kitorang balik hotel & masak Brahims.
Second day pun camtu jugak. Lepas puas berehat kat pantai, anak-anak dah lapar, kitorang try carik restaurant semalamnya. Alhamdulillah jumpa. Tapi jalan tetap jam. Parking sebaik jumpa! Jadi melantak la kami puas-puas di restaurant tu. Nama restaurantnya Juicy Gyros. Sedap! Menunya korang tengok la gambar tu. Malas Ammal nak rotate :p Plan nak ronda shopping complex terpaksa dikuburkan sebab masa dah banyak terbuang atas jalan. Nak balik ke hotel, kitorang sangkut lagi dalam traffic jam. 2 jam jugak nak masuk ke bandar & sampai hotel. Balik hotel, Ammal start berkemas. Sebabnya dalam pukul 3 pagi, kitorang kena check-out dan bertolak ke West Palm Beach Airport untuk naik flight ke destinasi seterusnya.
Secara keseluruhannya, nak kata puas ronda Miami, memang tak la... Tapi untuk repeat datang dan ronda puas-puas, jawapannya adalah TIDAK! Secantik mana pun pantainya, Ammal tak sanggup dah. Walaupun cuma jadi co-pilot, jantung ni cam nak tercabut bila tengok keadaan traffic di sana & jalan-jalannya. Nak bagi direction kat 'driver' pun, penat tauuuu... Apapun, semua tu pengalaman kann. Kalau tak pergi, tak tau & tak merasa ;)
Untuk destinasi berikutnya, tunggguuuu...
Annyeong!
No comments:
Post a Comment