Showing posts with label visa. Show all posts
Showing posts with label visa. Show all posts

Thursday, 10 January 2019

Visa ke Europe?

Haiishh... entah berapa la pulak nak kena bayar ye?!

https://www.etiasvisa.com/etias-requirements/malaysians

Sunday, 29 March 2015

Tips travel lagi?

Ek eh... hari tu kata dah last ye.
Tetiba hari ni ada tips lain lagi... hehehe
Tak pe la kan... dunia ni kan sentiasa maju ke hadapan.
Mungkin info & tips yang Ammal share sebelum ni, ada yang dah out dated.

Sebenarnya, ni info yang Ammal baru terima.
Jadi apa salahnya share dengan kawan2 kan.
Blog ni pun kawan-kawan Ammal je yg tahu.
Kalau ada org luar yg masuk, mesti sebab terjumpa...

Ok... tips kali ni pasal apa?
Ammal cuma nak share pasal satu link ni...
Pasal apa perlu share?
Sebabnya... selalunya orang risau nak travel ke US je sebab banyak benda nak kena prepare, TSA pre-check & interview etc...
Tapi sejak akhir2 ni, nak ke Europe pun sama.

Pernah dengar cerita pasal sorang budak pompuan ni kena tahan kat Paris sebab nak jumpa tunang dia?
Tak tau kalu, korang boleh Google.
Kecoh gak aritu...

Ministry of Foreign Affairs ada upkan travel advisory buat rakyat Malaysia pada 6 Januari 2014 yang lalu.
Ammal pun ada tolong tepekkan kat blog..
Paris-travel-advisory-by-ministry-of.html
Jadiii... ni ler linknya...

http://www.staralliance.com/en/services/visa-and-health/#

Kat sini korang boleh check apa documents yang diperlukan bila nak travel ke sesebuah negara.
Dah baca tu nanti, pandai-pandai la korang cari details ye.
Sebab web tu cuma bagitau secara kasar.
Details nya kena la tanya Embassy negara berkenaan dan Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Ok... sekian untuk kali ini. Travel safe kengkawan!


Annyeong!


Tuesday, 26 August 2014

Persediaan melancong 2: Visa untuk warganegara Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia, tak semua negara you all boleh pergi hanya dengan passport.
Selain dari passport, dokumen lain yang perlu you all ambil perhatian ialah visa!
Cara paling cepat, you all boleh check kat sini:

http://en.wikipedia.org/wiki/Visa_requirements_for_Malaysian_citizens

Kalau nak tahu lebih lanjut, check la dengan embassy negara yang you all akan pergi tu.
Jangan ambil mudah ye. Jangan dah dekat-dekat nak pergi, baru nak pergi apply.
Ada masalah, memang mendapat la kan!
Jadi sila la apply paling lewat 3 bulan sebelum travel.
Sepanjang pengalaman Ammal melancong, hampir semua visa application ada fees yang perlu dibayar.
Ada yang mahal, ada yang murah.
Mahal pun tak la sampai seribu ringgit. Ratusan ajer...
Validity nya pun berbeza-beza. Ada yang valid 3 bulan, 6 bulan, 10 tahun...
Jenis-jenis visa pun ada pelbagai. Ada student visa, tourist visa, official visa (yg ni selalunya free) dan macam-macam lagi la.

Ada sesetengah visa yang kalau you all malas, boleh jer mintak travel agent buatkan. Bayor ajer upahnya.
Sesetengahnya pulak, memang kena buat sendiri A to Z.
Visa yang dah berjaya permohonannya, kemudiannya akan ditepek kat dalam passport.
Kalau visa yg validity nya sampai 10 tahun tu, 'selamat' melancong dengan 2 passport la ye!
Jenuh aihhh...

Annyeong!