Ahad, 24 Januari 2016, masing2 dah tau cane gaya shopping kat HCM ni.
Semua pakat lambat bersiap untuk breakfast dan jenjalan.
8 lebih baru kitorang turun.
GK Central Hotel ni, pada Ammal bagus.
Masa breakfast semalam, menu memang pork sesaja.
Tapi untuk kali ni, mungkin sedar ada muslim, diorang hidangkan nasi goreng telur, sayur goreng sos tiram, kari ikan & apa lagi satu ntah. Lupa la pulak.
Dan yg buat lagi hebat, waiter diorang siap ingat nombor bilik guest.
Ok... maybe la sebab hotel kecik. Guest tak ramai.
Tapi Ammal pie hotel kecik lain, idok ler pulak pernah jadi gitu!
Lepas breakfast, tujuan pertama ialah ke Sunwah Tower!
Ada apa kat Sunwah Tower?
Ada Pak Harimau Malaysia.
Ada geng travel sudah kekeringan duit sebab tak bawak banyak.
Senang la kalo korang tak cukup duit kat HCM ni, cari je Sunwah Tower.
Sila Google sendiri mapnya ye! ahak ahak
Cumanya, sila pastikan korang call Maybank untuk aktifkan kad sebelum terbang ye.
Kalau tak sia2 je. Penat berjalan, masukkan kad kat ATM, transactions semua reject!
Dari hotel nak ke Sunway Tower kena berjalan dalam 12 minit.
Lencun jugak la baju...
Masa ni jugak la baru perasan... kat kawasan ni, banyak hotel2 mewah, shopping kompleks, butik2 mahal dan nampak pembangunan.
Dan kitorang terus buat kesimpulan sendiri...
Kawasan Ben Than tu umpama Chow Kit dan kawasan sekitar Sunwah Tower ni, ialah Bandar KL.
Dan kitorang ni umpama menyewa hotel murah di sekitar Chow Kit...huhuhu.. sadesss...
Pak Harimau tersergam megah
Selesai urusan perbankan, kitorang menapak mencari Saigon Square.
Kengkawan nak cari jeans.
Sampai Saigon Square, pusing2 sikit, tetap tak berkenan.
Kitorang keluar dan mengarah ke Ben Than pulak.
Pecah dua sebab masing2 ada target nak carik apa.
Dalam Ben Than, masa bargain ngan sorang seller ni, bila dia tak nak turunkan harga, Ammal blah.
Boleh pulak dia genggam tangan Ammal sekuat-kuatnya.
Tersentap jantung ahkak! Over sungguh!
Dua kali Ammal try lepaskan tangan, dia genggam lagiii kuat.
Ooooo ini sudah lebih!!
Ko tak kenal dan tak tengok temper aku lagi ni!
Kali ke tiga, Ammal try sentap tangan, nasib baik dia lepaskan.
Kalau tidakkkk... Haaa... memang akan mendapat!
Kita ni dok pikir, ada kat negara orang.
Cuba la jadi baik dan sopan. Senyum kat depa... tunjuk adap la kan!
Tapi depa kurang ajar tak tau nak kata la eh!
Mood terus spoil. Pie tengok seller lain pun membara je dalam hati.
Senyum semua dah hilang!
Tup tup, jumpa pulak sorang seller ni.
Yang memang betul2 lembut dan sopan... bukan purak2 punya.
Dekat dia la Ammal beli 3 helai Vietnam Silk.
Jalan2, pusing2 lagi, dengan mood yang dah stabil.
Lagi sekali terkena!
Hah! Memang tobat la. Stop kat pintu 14, tunggu geng lagi 2 orang.
Rupa-rupanya, diorang pun baru bertembung ngan seller yg bergaduh ngan customer.
Jadinya, terus decide, tamatkan shopping kat sini.
That will be the last time kitorang jejak Ben Than.
TOBAT wehhh!!!
Kitorang teruskan aktiviti shopping kat M'sian Street je.
Tapi tak beli apa pun, cuma tambah stock tudung 'Naelofar'
Lepas shopping, terus pie lunch kat The Daun.
Owner The Daun ni Melayu Singapore.
Sedap2 makanan dia.
Pho Noodle (sebutannya Fo bukan po)
Ginger chicken & Black pepper beef
Ni Ammal punya... Spicy Beef Noodle
Dan Ammal up dengan Fried Popia
Lepas makan, kitorang balik hotel.
Cadangnya, petang nanti keluar balik nak cari 'Batu Keras'
Salah seorang geng travel, pengumpul tegar barang HRC
Dalam 4.30 keluar balik untuk misi seterusnya...
Motor sesaja
Tak pernah kurang
Gereja apa ntah.. tapi ramai la orang
Dalam 10 minit berjalan, akhirnya jumpa Batu Keras yang dicari.
Betul2 sebelah Intercontinental Hotel.
Settle shopping kat situ, pusing ikut jalan lain untuk pie Malaysian Street lagi sekali dan ke Night Market.
Batu Keras yg dicari
Vincom Shopping Center
Depan Science Centre kot kalau tak silap
Sementara menunggu sorang kawan ke spa, kitorang lepak2 kat dalam Hajah Basiroh pekena bingka ubi sedap yang blogger lain dok cerita!
Memang sedap... lembut dan ada bau vanilla...
Bingka ubi yang famous!
Jalan2 kat night market pun, tak de apa yang berkenan.
Cukup la buat syarat habis ronda kiri kanan...
Aktiviti sebelum balik hotel, kitorang dinner kat Restoran Serai...
Dah balik KL, baru terbaca, kedai ni ada konflik... ada yg pertikaikan status halal restoran ni... huhuhu
Kopi susu ais pujaan hati siang malam!
Seafood popia
Yang ni lupa apa nama
Ammal ambik butter prawn.
Tgk gambar macam kecik je portion. Sekali sampai.. hamek ko!
Lunch @ The Daun
Esoknya, 25 Januari 2016, sebab tidur lambat.. lagi... Ammal tak pie breakfast.
Kawan2 aje yg turun.
Dalam 10.30, kitorang pie The Daun lagi sekali untuk lunch.
Kasi perabih duit kononnya...
12.30 check-out. Pie airport naik airport transfer hotel dengan bayaran VND202K
Kaunter airport yg lemb tahap maks!
Beg2 kami berempat
Kena naik bas untuk ke kapal...
Tu nama airportnya!
HCM dari udara
Makanan yang dihidangkan (terbalik pulak gambornya... nasib la korang!)
Vietnam Airlines = Ferrari Airline
Tengok gambar last, baca caption!
Nak tau kenapa?
Kapal lambat berlepas hampir 30 minit sebab menunggu penumpang transit dari Jepun.
Nak kejar masa punya pasal, ntah berapa laju la pilot dok bawak.
Boleh dikatakan, hampir sepanjang masa, telinga Ammal sakit!
Dan pilot diorang cukup suka buat corner baring.
Sampai boleh nampak full wing la!
Bila nak landing, Ammal dah jangka mesti sengsara...
Memang betul... dah la terhentak punya kuat.
Dia punya stop tu, penumpang semua dah pegang seat depan.
Bergegar2 ko!
Ammal dah pernah kena dulu... tak ingat penerbangan ke mana.
Tapi kawan2 yang jarang travel, kesian kat diorang.
Cuak gak nampak gayanya.
Apapun, Alhamdulillah... selamat mendarat dan jumpa keluarga masing2 dalam pukul 6.45 petang.
Exactly ikut jadual asal... kiranya 30 minit laju la kan... huhuhu
Kopi Nguyen
Dah baca pengalaman Ammal, kalo korang nak try gak pie HCM, Ammal tak la larang.
Pengalaman kannn... tak cuba tak tau.
Tapi pastikan korang beli kopi Nguyen yang halal.. gambor kapai torobang!
Nak bagi lagi sedap, rasa macam depa buat, beli la satu lagi kopi halal yg lain jenis.
Tips ni diorang yang ajar, kena campur 2-3 kopi.
Kopi Nguyen ni nak bagi wangi. Jadi korang kena carik kopi nak bagi hitam pekat!
KOMPOM sedap!
Ammal dah buat! hehehe
Ok... chow cincau!
Ammal tgh sibuk carik flight ticket untuk next trip ni!
Entry makan2 ada 3-4 yang tak berkesempatan nak type ;p
Owhh.. tiket flight Vietnam Airline ni Ammal beli dengan harga RM343.
Sekali dengan 30kg beg & makan minum.
Hotel pulak, Ammal ambik kat Agoda.
Annyeong!
No comments:
Post a Comment