Monday, 1 February 2016

Shopping di Ho Chi Minh best atau tidak? - Part 1

TAK!!!
Hah! Hamek ko!
Sebesar alam Ammal tulis!
Sorry la buat yg suka pie ke sana.
Ni blog Ammal, pendapat Ammal, sukati Ammal la nak cakap apa pun.
Tapi itu la realitinya!

Tapi kalo korang yang jenis suka beli kain cotton, yang suka beli baju siap, mungkin suka la kot.
Pada Ammal, dengan 'keadaan' gitu, baik Ammal pie Bandung.
Apa maksud Ammal 'keadaan' gitu?
Keadaannya... seller kat sana, memang bagus sebab pandai cakap Melayu.
"Mai pleh kak, mai kak!"
"Murah kak, murah!"
"25 linggit sehelai kak, mai kak"
Fuhhh... bukan main manis deme bercakap, menarik pelanggan.
TAPIII... once korang stop, tanya harga & mintak murah, taring, sikap singa dan tone kasar diorang pun keluar.
Bukan setakat tu, siap pegang2, tarik2 lagi ko!
Pilihan pun tak banyak.
Kalau pergi Bandung punya la banyak pilihan sampai tak tau nak pilih.
Kat HCM, super duper sadesss tak tau nak beli apa...
Telekung putih sulam simple je yg banyak.
Tudung pulak cuma ada 'Naelofar' & shawl.
Kain lace, 200 hengget semeter! Baik beli kat Binwanis je... lagi kurlass...

Trip ke Ho Chi Minh ni mengejut je.
Start dari dengar cerita kawan balik dari Danang.
Terus bincang2... decide nak buat shopping trip ke HCM
Checked Vietnam Airlines, tengok dapat tiket yang agak murah.
Pung pang pung pang, akhirnya kami berempat bertolak pada 22 Jan 2016, jam 8.50 malam yang lalu.
Ammal ngan sorang kawan, tukar flexi hours.
Dua orang lagi ambik half day.
Berbondong-bondong la kami dari office, naik KLIA Limo
Boleh pulak pagi tu, Ammal demam.
Tonsil bengkak teruk.
Pasrah aje la.
Dalam pukul 9, pesawat berlepas.
Dalam flight, badan gigil2.
Lepas makan, terus telan panadol.
Dalam 1 jam setengah, selamat sampai aiport Ho Chi Minh.

Hujung tu escalatornya

Settle immigration, turun escalator, ambik beg, kitorang tengok kat luar macam serabut.
Cadang nak ambik Vinasun terus cancel.
Ambik airport transfer (nama dah lupa, tapi kaunter kecik dia betul2 belah kanan sebelah pintu keluar aiport), tunjuk address GK Central Hotel, dia charge USD10.
Share 4 orang, kira ok la tu... malas nak pikir panjang dah.
Tunggu kereta kat luar, beg semua dia tolong tolak.
Kereta sampai, dia siap angkat beg masukkan.
Bagus service dia!
Dapat pulak driver yang boleh tahan comel...hehehe
Tanya dia boleh cakap omputih tak, dia tunjuk signal tangan & sebut little.
Ok... lets try borak2.
Kawan2 Ammal tanya kenapa ramai bebenor malam2 kat bandar ni.
Dia kata, diorang pie club & minum2.
Tapi sampai balik, kitorang masih tak paham... takkan setiap masa, pagi petang siang malam kome pie minum?!
Tak pernahnya jalan kat HCM tu kurang dengan motor dan kereta...
Ahkak konpius dikkk...

Bilik comel Ammal & kawan

Bathroom

Sampai kat GK Hotel, dah pukul sepuluh lebih.
Konon2 nak pie night market... tapi masuk je bilik, masing2 surrender...hahaha
Booking kat Agoda ambik 2 bilik deluxe.
Diorang bagi satu di tingkat 6 (602) & satu di tingkat 2 (205).
Bagi chance adik2 pilih, depa ambik tingkat 6.
Rezeki deme la... dapat deluxe premium. Ada balkoni lagiii
Ahkak dan kawan dapat bilik 'comel'... tapi lengkap dengan bathtub.
Alhamdulillah... bilik & hotel tak ada apa nak complaint.


Suasana pagi hari depan hotel

Suasana sekitar Ben Than

Tu Ben Than Market yg gah diperkatakan...

Kopi halal di Malaysian Street

Esoknya lepas Subuh, terus siap2.
Pukul 7.10 turun breakfast, dan dalam pukul 8 terus gerak pie pasar Ben Than.
Dalam 3 minit jalan dah sampai. Dekat bebenor.
1st impression bila sampai Ben Than.. "Laa... gini ke rupa pasar yang gah orang bercerita tu?"
Tapi Ammal cakap dlm hati je la.
Memang 'pasar' sungguh!!
Panas tok sah cerita la.
Pusing2, usyar2, tanya2 harga, shopping sikit2, lepas 3 jam, Ammal rasa sesak nafas & penat giler!!
Terasa macam dah 10 jam dalam Pasar Baru, Bandung
Kawan2 pun nampak gaya dah rimas.
Ammal bagi cadangan cari ketenangan di M'sian Street = Nguyen An Ninh Street.
Alhamdulillah... lega sakit kepala dan mental kami bila kat sini.
Majoriti penjual ialah Melayu Champa.
Lembut je bila bercakap. Sopan... lebih sopan dari orang Melayu Malaysia :p
Terserempak la dengan sekumpulan lelaki Melayu.
Borak2 sket. Diorang rekemen minum kopi ais.
Ammal cuma minum kopi ginseng CNI. Kopi lain, Ammal migraine.
Alang2 dah sampai, Ammal try la jugak.
RM3 untuk satu bekas.

Pho beef noodle

Kuey tiaw goreng

Popia apa ntah namanya...

Lepas shopping, kitorang lunch di Restoran Hajah Basiroh.
Tekak demam Ammal mintak makan sup.
Jadi Ammal pilih Pho Beef Noodle. Makan ngan ulam2 dia. Sedap!
Lepas lunch terus balik bilik untuk solat & rehat.
Cadangnya, petang nanti sambung shopping lagi.

4.30 petang kitorang gerak cari Hong Anh Collection pulak.
Civilised sket kawan kat M'sia kata.
Jalan punya jalan, carik punya carik, keluar masuk kedai, jumpa la..
Tapi hati tetap tak leh pie!
Masih terasa kurang umph dengan choices.
Settle kat situ, terus gerak ke night market. Baru pukul 7!
Tengok diorang tgh sibuk bukak kedai lagi.
Jadinya terus pie dinner kat Warung Satu Malaysia.

Prawn fried rice

Tom yam yg sedap

Claypot seafood rice

Terasa lapar gile. Ammal pilih Claypot Seafood Rice.
Banyaknya portion!
Tak mampu nak habis. Kalau husband & anak2 ada, diorang yg tolong perabis selalunya.
Dan kopi ais terus menjadi pujaan hati.
Alhamdulillah, elok pulak Ammal tak migraine!
Habis makan, sambung shopping.
Deuter ciplak!

'Deuter' ciplak, depa jual RM28 campak2 je.
Ammal pulak dah terbeli RM35 sebelum tu.
Tamak punya pasal, rembat lagi seketul!
Badan dah berlengas, round sikit je night market.
Dan terus balik hotel...


Ini je hasil sopingan hari pertama! Stress ahkak tengok beg kosong!
Malamnya, Ammal tak boleh tido.
Bukan sebab apa... sebab tak puas hati, tak banyak membeli.
Ammal dok sibuk tanya boyfriend Mr. Google kat mana lagi nak shopping.
Gedebak gedebuk, pukul 1 lebih Ammal tido.
Dan bangun pukul 5.30 pagi... cer kira berapa lama orang demam tido! :p

Sambung next entry ye. Panjang sangat ler pulok!


Annyeong!

1 comment:

Mya said...

samalahhh.
saya pun rasa shopping kat ho chi minh tak best.
berkali ganda best kat bandung!

tapi tak dinafikan kopi ais nya memang sedap hehe..