Lembu!
Cane rupanya? Tu boleh tengok dekor kat dinding nun.
Bapak panjang tanduk lembu tu kan!
Ammal ke sini untuk celebrate birthday enche husband.
Apakan daya, birthday beliau bulan puasa.
Jadinya, aktiviti yang sesuai cuma makan... tu pun jenuh memujuk.
Ajak dating berdua, katanya kesian kat anak2 berbuka berdua kat rumah.
Pastu tak mo terlepas terawih.
Pujuk punya pujuk, akhirnya dia mengalah.
Tapi dengan syarat makan dengan anak2.
Pasrah ler ahkak pilih restoran steak ni je.
Nak romantic gapo kalo dah dengan anak2.
Tengahari tu, Ammal dah call buat reservation.
Tanya diorang boleh buat surprise tak sebab nak celebrate birthday.
Boleh katanya. Beriya la ambik nama...
Kitorang sampai dalam pukul 6.50.
Ingat nak ronda2 Quill dulu. Tapi risau ramai orang, terus terjah.
Tengok dekor diorang, menarik gak.
Cowboy 'beratur' kat dinding
Tanduk Longhorn depa buat lampu!
Untuk berbuka tu, derang ada bagi kurma.
Order lambat sikit sampai, tapi boleh diterima akal.
Honey whole grain bread
Pun sedap gak. Mengingatkan Ammal kat roti Roadhouse Grill.
Korang pernah dengar Roadhouse Grill tak?
Tu pun favourite Ammal. Tapi la ni tutup dah...
Starters
Untuk starters, Ammal order Grilled White Cheddar Stuffed Mushrooms & Wild West Shrimp.
Mushrooms tu makan banyak2, mual sket la.
Tapi shrimp tu sangat sedap. Ada rasa pedas sikit, ada masam...
Dua2 starters tu, kejap ajer clear nyer.
Biasa la kan. Family piranha...hahaha
Mushroom kasik focus dekat sket
Grilled Chicken and Mushrooms
2 gambar atas tu main dish Ammal ngan anak.
Lagi 2 main dish, tak sempat ambik gambar sebab Ammal pie solat.
Sampai2 je, tengok enche husband ngan anak dah habis menelan...hahaha
Apa yg Ammal order pun Ammal dah lupa sebab pie Longhorn ni 3 minggu yang lepas...hahaha...
Pada Ammal, steak Ammal tu agak mengecewakan.
Seperti biasa bila makan steak, Ammal mintak medium well. Tapi dapatnya well done.
Jadi daging agak kering. Steak bila tak de juice, dia jadik kurang kick...huhuhu...
Pisau dia kurlass. Naya kalo dapat Malaysian yg jenis suka kebas barang!
All clear!
Apa surprise diorang nak buat kat enche husband.
Tapi nan hado... kuciwa lagi diriku.
Sebaik tak berapa nak mengharap sebab sebelum ni pernah kena masa celebrate kat Tony Roma's.
Bila tengok semua senyap je, Ammal terus ler bayor bill.
Total keseluruhan bill tak yah la gitau ye.
Sebaik ada offer 'Kids Eat for Free'. Kalo tak, tercekik jugak Ammal nak bayor time2 nak raya ni...hehehe
Longhorn ni ada 2 cawangan je kalau tak silap Ammal.
Di Quill yg Ammal pergi ni dan di The Curve.
Kalo korang nak try, mungkin boleh ambik set Value Lunch diorang cam gambar bawah ni.
Overall Ammal rasa ok. Lenkali boleh datang try menu lain pulak.
Annyeong!
No comments:
Post a Comment