BAPAK lama haih Ammal tak update!
Busy giler skrg ni.
Mana nak arrange travel tripnya, aktiviti di gymnya, pastu terlebih rajin pulak open order jual makanan sket kat kawan-kawan.
Tak cukup dengan tu, main pulak Pokémon!
POKEMON???
Hahaha... Korang pun mesti ada yang main kan?! Jangan tipu!
Memandangkan lama tak update, harini tetiba teringat pulak kat satu restoran yg Ammal pernah pie ni.
Lapor la tuuu...hahaha.
Nama restorannya ialah Moussandra Mediterranean & Tapas Restaurant.
Letaknya di Publika sana nun!
Ammal pie 10 Januari 2016.
Puncanya sebab ada ternampak offer kat Groupon.
Jadi try la.
Jadi try la.
Oleh sebab tak tau camana gaya & rasa, kitorang cuma order seperti di bawah... tengok jer la gambor2 tu ye.
Interior restoran biasa je.. macam kat Spain
Paella Valenciana (seafood)
Paella ni, anak sulung yang sibuk sangat nak.
Masa ke Spain tahun lepas, mahal bebenor. Sampai dekat seratus lebih lepas convert, jadinya Ammal pujuk cakap kita makan kat KL je... Rezeki dia la jumpa kat sini.
Rasanya macam makan nasi.
Sedap sangat tu tak la. Tapi sedap... boleh repeat order lenkali!
Macaroni carbonara
Macaroni carbonara dia, buat yang suka makan creamy2, memang heaven!
Ni pilihan anak Ammal yg no 2. Dia memang cukup suka makanan yang berkrim ceni.
Korang wajib try!
Tak nak macaroni, boleh tukar pasta lain.
Spaghetti olio
Spaghetti olio ni pilihan husband Ammal.
Pun sedap! Nampak cam biasa je kan... tapi sedap!
Hok ni lupa pizza apa
Yg lupa tu, sebab Ammal yg punya...hehehe...
Rasa tak berapa... jadi tak yah try ye! hahaha
Ni pulak tapas!
Kalau korang nak tau apa tapas, boleh check entry Spain Ammal.
Kalau tak silap kat entry Atarazanaz Market.
Kat situ ada Ammal terangkan sikit pasal tapas ni.
Nak kata sesedap dan se-fresh di Spain tu tipu la kan.
Tapi tapas gambas (prawn) ni memang sedap.
Choice tapas kat sini tak la banyak sangat.
Tapi boleh buat pelepas rindu kat makanan Mediterranean dan jugak pengenalan buat yang tak pernah makan.
Dan disebabkan puas hati dengan makanan2 kat restoran ni, jadinya husband Ammal beli lagi 2 voucher Groupon.
Kitorang repeat lagi pada 6 Februari.
Sebelum pergi, kitorang anak beranak dah tanya dulu.
Boleh order sesuka hati ke kali ni... hahaha. Soalan tak agak2 kan.
Macam nak menjerat je.
Tapi as usual, enche hubby ku bab2 makan ni memang tak berkira.
Dia kata, order la apa nak... Yahoooo!!
Dalam kepala dah target, nak try tapas deme!
Dan gambas nak sorang satu... hahaha
Menu di bawah, minta maaf sangat2.
Ammal dah lupa nama2nya.
Garlic butter escargot
Bila nampak escargot, Ammal ngan anak dok bayangkan escargot masa cruise dulu.
Tapi apakan daya. Yg ni tak sesedap yang Royal Carribean hidangkan.
Tapi tetap la licin!! hahaha... dasar piranha kan!
Yg ni pulak bread crumb coated mushroom.
Garlic cheese stick kalo tak silap
4 gambas tapas dan satu lagi tak ingat
Gambas tu, kesilapan besar Ammal.
Ingatkan udangnya fresh cam sebelum ni.
Dah order sorang satu pinggan, sekali dapat udang yang tak berapa fresh.
Agak senthap di situ!
Satu pinggan lagi tu, tak silap Ammal meatball. Entah la.. lupa suda...hahaha
Hok ni ni pun lupa nama.. tapi Ammal ingat ada mushroom.
Dan rasanya creamy2 gitu.
Sorry tak ingat...huhuhu
Meat Paella
Paella masih jadi pilihan si sulung.
Haritu dah try seafood, jadinya kali ni try Meat Paella pulak.
Macaroni Carbonara lagi!!
Carbonara jugak kot
2 menu atas ni pun silap jugak.
Bukan sebab tak sedap, tapi sebab perut kitorang dah rasa cam nak meletup...hahaha.
Buwok betul perangai.
Pengabisnya, dua pasta tu kitorang tapau bawak balik dan jadi makan malam Ammal & anak2.
Ni menu yang sempat Ammal ambik gambar.
Pengajarannya... kalau nak try segala macam mak nenek tapas, main dish tu, share la.
Jangan tamak. Nanti jadi cam kitorang.
Kat bawah ni Ammal bagi address restoran ni.
Highly recommended...
A1-1-8, 1, Jalan Dutamas 1,
Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur,
Phone: 03-6206 4999
No comments:
Post a Comment