Sunday 6 January 2019

Cape Cod & sebahagian New England

Cam bentuk kasut Aladdin kan?
 
Minggu ke tiga di US, Ammal meneruskan perjalanan ke Cape Cod, Massachusetts.
Resort yg menjadi pilihan, kali ni ialah Edgewater Beach Resort yang terletak di Dennis Port.
Resort ni betul2 tepi laut, menghadap Atlantic Ocean.
Kenapa Cape Cod menjadi pilihan destinasi?
Puncanya sebab Ammal follow sorang traveller ni dalam FB.
Hannah Fawazzah namanya.
Dia la yg share pasal Cape Cod ni.
Dia kata, bentuk Cape Cod ni dalam peta macam kasut Aladdin.
Gambar2 yang Hannah share semua lawa2.
Ammal ni kan gila dengan laut.
Hannah share jugak pasal Maine.
Maine ni state yang terletak di northeasternmost U.S.
Berjiran dengan Canada.
Both Maine & Cape Cod berada dalam region New England
Tu yang plan asal nak ke Maine, then turun ke Cape Cod.
Verangan nak cover dua tempat ni.
Tapi.. jenuh Ammal carik flight tiket, tak ada yang murah.
Semuanya RM6,000 ke atas. Tak kira la turun di Boston atau direct di Maine.
Rasa cam nak fensan berkali-kali bila tengok harga.
Akhirnya bulan March, terpaksa ubah plan dengan hanya ke Cape Cod.
Tak boleh tunggu lama lagi. Takut nanti flight ticket makin mahal.


Cape Cod ni, dari pemerhatian Ammal macam kampung.
Rumah sebuah2. Aman tenteram je.
Tapiiii.. kalau korang pie time summer, parking pun kena beli permit tau!
Jalan & hiway akan sesak teruk.
Harga permit parking berbeza bagi setiap beach dan boleh buat korang tercekik!
Hah! Rasa2 berapa?
Non resident USD20 sehari ok!
Nak jimat, boleh dapatkan utk seminggu USD70
Takkan dah sampai korang nak pie satu beach je kan?
Apa giler nak bayor mahal2?!
Punya la Ammal risau. Jenuh ku hantar e-mail sana sini bertanya... winter season kena bayor jugak ke?
Alhamdulillah free. Kalau tidak, memang itineraries kena ubah lagi ler entah untuk kali ke berapa.

 
Perjalanan dari Woodbury ke Cape Cod, ambik masa dalam 4 jam setengah - 5 jam depends on driving condition.
Masa kitorang lalu, snow di kiri kanan hiway.
Walaupun snow dah tak turun, tapi snow yg turun hari sebelumnya masih belum cair sebab cuaca masih sejuk.
Separuh perjalanan, kitorang berhenti di Sturbridge Rd, Charlton, Massachusetts Turnpike.
Ala2 RnR kat Msia. Alang2 dah berhenti, terus carik makanan. Sebab perut dah berbunyi.
Nampak satu kedai sandwich. Ada jual loster roll.
Ada 2 size. Medium & large.
Memandangkan piranhas yg lain cuma makan pizza, Ammal ambik la yg besar.
Fuhhh... puas hati weh! Macam makan sekor lobster banyaknya.
Walaupun lepas convert ke ringgit lebih kurang dalam RM85.
Lobster punya pasal, tutup mata je la... hihihi.


Masa kitorang sampai di resort, cuaca dah pun gelap.
Biasa la winter kan cepat malam.
Settle urusan check-in, terus naik bilik.
Wahhh... resort 2 bilik, sekali dengan ruang tamu, dapur untuk memasak & 2 bilik air.
Memang puas hati sangat2.

 
 
Esoknya Ahad 16 Disember, ikut itinerary, kitorang nak bersnow tubing.
Jadi malam tu, Ammal suruh husband decide dia nak ke mana.
Samada Ski Ward Ski Area and TubaSlide atau Nashoba Valley Ski Area
Husband pilih ke Nashoba Valley. Dalam 2 jam perjalanan dari Cape Cod.
Opening time utk snow tubing, pukul 9 pagi.
Jadinya seawal pagi, dlm 8.30 centu, terus gerak.

Satu session snow tubing 2 jam.
1st time nak bersnow tubing ni. Tak tau camana gaya.
Sekali haaa, bapak berat tube nyaaa...
Dengan condition Ammal yang ada slip disc, Doc memang larang buat aktiviti lasak.
Tapi alang2 dah sampai jauh, takkan nak tengok je.
At least, nak jugak try.
Cuaca memang sejuk.
Yang paling tak tahan kat hidung la. Ammal balut hidung dengan mafla.
Nak naik ke atas, kena naik travelator. Angkut la tube yg berat tu bersama-sama.
Sampai je atas, terus gitau person in charge kitorang ni first timer. Dia pun explain serba sedikit.
Ammal duduk atas tube, pastu dia tolak... bont*t memang kena kat snow la masa tu.
Tube gerak je... 'Aarrghh.. sakit bont*t aku!'
Terus teringat pesanan Doc. Sebab perasaan masa tu memang ala2 naik roller coaster!
Bumpy ride. Terhentak-hentak bont*t.
Kalau tak de rasa nak terkucil, boleh terus rasa nak ke toilet! huhuhu
Lepas 1st ride tu, memang Ammal pie carik toilet! hahaha
Then yg dok repeat naik banyak kali cuma anak2 ngan husband.
Ammal ada la dalam 4 kali je naik. Duduk pun kena adjust betul jgn sampai ke ground.
Penat la... berpeluh2. Hidung pun dah tak balut ngan mafla lepas 1st ride.
Lepas slide turun dengan tube, kena redah snow tebal lagi.. lenguh kaki.
Husband Ammal siap kira timing. 15 minit dia kata utk lengkapkan setiap satu ride, dari bawah, naik travelator, slide turun & redah snow sampai ke tempat masuk.
Kecuali korang berlari cam anak2 Ammal, kurang la sikit masa tu.

Dah penat main, kitorang masuk cafe, cari makanan & hot choc.
Beku dah rasanya...
Ammal pulak tukar baju sebab dah kotor sangat.
Settle semua, kitorang gerak carik masjid. Dah masuk Dzuhur masa tu.
Sampai2 tengok masjid tutup. Alamak! Ni la yg payah bila travel ke negara bukan Islam.
Yg selalu travel je faham. Nak solat kat jalan, sejuk beku.
So kitorang decide tunggu dlm kereta sampai Asar.
Masuk Asar, tetap tak ada org. Jadinya terus decide nak ke outlet.
Solat la dalam fitting room nanti.
Masa sampai di Wrentham Premium Outlet, hujan... kelam kabut la redah hujan, carik toilet utk berwuduk.
Fitting room Gap jadi pilihan.
Sebab kat Gap selalunya ramai orang. Fitting room pun besar. Kurang la jadi perhatian Sales Assistant.
Jadinya, solat la kami dalam 2 bilik berasingan.
Boleh jamak & qasar sebab dah jauh dari resort.
Settle solat, apa lagiiii... shopping la!
 

 
Isnin 17 Disember, patutnya nak ke Boston.
Tapi tukar plan.
Lepas breakfast, terus pergi supermarket nak beli barang2 dapur.
Murah sungguh la seafood deme! Besar2 pulak tu.
Kitorang beli scallop, udang, ikan cod, salmon & lobster.
Sayur2 & cereal semua tu pun beli jugak.
Sebab 2 minggu akhir di US ni, memang tak ada breakfast dah.
Ammal kena masak...
Sampai resort, siap sedia nak masak baru perasan.
Scallop yg Ammal beli, udah dibalut dengan bacon!!
Ahhh... sudah! Kena return la jawabnya!
Scallop tu dalam kotak. Bukan yg fresh. Memang silap Ammal tak baca betul2.
 
Lepas lunch, kitorang nak ke kilang Cape Cod Potato Chip.
Sebelum tu, singgah balik kat supermarket pagi tadi utk pulangkan scallop.
Nasib baik la kat US ni, polisi return & exchange diorang bagus.
Dia cuma tanya kenapa, Ammal just cakap kitorang tak makan meat.
Dah sampai supermarket, ada je la benda yang nak dibeli lagi kan!
Masa nak bayar, nampak sorang cashier ni, senyum lebar dan pandang lain macam.
Sampai je kat dia, terus dia bagi salam. Kitorang pun jawab la.
Bila tanya dia muslim ke? Dia kata tak. Dalam hati Ammal, alamak, udah tersalah jawab salam daaa.
Borak punya borak, sebab tak de customer, baru tau... dia pernah pie Singapore.
Perjalanan kemudiannya diteruskan ke kilang potato chip.
Sampai area kilang, memang bau keropok sungguh la.
Free tour dan sukati la nak jalan berapa laju... tak ada yg menarik pun.
 
Esoknya Selasa 18 Disember, kitorang ke Boston.
Cuaca sejuk sangat haritu... dengan angin kuat.
Kalo korang badan size kecik, memang boleh melayang... hahaha
Real feel kat Dennis Town masa tu dalam -11
Check suhu kat Boston, -3, real feel -15.
Fuhhh... bertabah la!

Air hujan yg beku
 
 
Pie kat kereta pagi tu, tengok air hujan kat kereta pun beku.
Air dalam botol minum, dalam kereta pun dah jadi ais... hihihi
Sepanjang perjalanan ke Boston, Ammal tido.
Bila dah sampai, tengok kiri kanan putih! Cuma tak de snow turun je.
Jalan di bandar Boston bersimpang siur. Dengan traffic jam nyer.
2 kali pusing dan salah jalan, terus Ammal surrender jadi co-pilot.
Jadinya kitorang cuma ke Masjid Boston & pusing2 sekitar Harvard University.
OTW balik dari Boston, singgah Wrentham utk shopping lagi.
Ye la. Ammal kan buat service personal shopper. Jadi kena ulang pergi untuk cari kiriman kawan2.
 
 

Sebahagian bandar Boston

Masjid Boston
 
19 Disember, kitorang ke Provincetown yang terletak dihujung Cape Cod; hujung kasut Aladdin.
Matahari terik, tapi suhu tetap sejuk.
Tak ada buat apa pun kat sini. Cuma bergambar sampai lebam, singgah kedai coklat dan jalan2 sikit.
Korang layan gambar je la ye...
 





Kawasan hampir di penghujung Cape

20 Disember, cadangnya nak ke Rhode Island.
Tapi memandangkan esoknya dah nak check out dan bakal menempuh perjalanan yang jauh, makanya kitorang cancel.
Ammal cuma ajak husband ronda bandar terbesar di Cape Cod; Barnstable, makan ice cream dan pilih satu pantai untuk bergambar.

Esoknya Jumaat 21 Disember, dalam pukul 9.30 pagi, kitorang terus check out untuk meneruskan percutian di destinasi terakhir, Atlantic City...
Tunggu entry seterusnya ye.
Semoga Ammal kuat semangat untuk menyiapkan...
Dah start busy ni... 2 minggu lagi ada family trip ke Langkawi... dan few trips lagi yg menunggu.


Annyeong

 

2 comments:

Ako Retna said...

Ntah bila la agaknya leh smp.. mcm x kukuh sgt nk ke situ..pape pun tgk n tumpang bc je la ye.. smbung lg

Ammal said...

Insya-Allah ada rezeki boleh sampai. Cuma kena banyak berkorban utk simpan duit & simpan cuti la. Dah bayar tiket mahal2, terbang berpuluh jam, takkan nak pie seminggu je kan? Chaiyokkk