Sunday 27 January 2019

Atlantic City

Hujan rintik saja pada awalnya
 
Dan akhirnya semakin lebat
 
Jumaat 21 Disember 2018 seawal pagi dah bersiap, final packing, bersihkan rumah, habiskan apa2 makanan yang boleh dihabiskan...
9.30 tepat terus check out dan mulakan perjalanan untuk ke Atlantic City.
Ikut pengiraan Google Map, perjalanan akan mengambil masa 6 jam setengah.
Tapi seperti biasa.. setiap kali nak meninggalkan mana2 tempat yang Ammal rasa sayang & suka sangat, hari akan hujan.
Ye! Hujan sepanjang-panjang perjalanan.

New Haven Islamic Center
 
 

Kami berhenti untuk solat Jumaat di New Haven Islamic Center, Connecticut.
Hujan selebat-lebatnya, terpaksa diredah.
Lepas solat, kami pie cari kebab kat restoran sebelah masjid.
Dan kemudian singgah sekejap kat Walmart sebab anak Ammal nak carik toys yang tak jumpa2 sejak sampai sampai di US ni.
Anak punya pasal kan, redah hujan pun seorang ibu tu sanggup...
Tapi memang tak ada rezeki, toys tu tetap tak ada.
Hi demand kat US masa Christmas katanya.

Fantasea Resort Atlantic City

Perjalanan diteruskan... dengan hujan lebat, berganti kabus tebal.
Bila bukak tingkap kereta... Laaa... SEBIJIK macam kat Msia.
Tak ada rasa angin winter langsung! Patut la berkabus.
Pertembungan suhu panas & sejuk... jadi la suam2 gitu.
Selepas 12 jam lebih, akhirnya kami sampai di Fantasea Resort Atlantic City.
12 jam weh! Memang pecah rekod sungguh!
Sakit & lenguh badan tok sah dok cakap la.
Udah macam terbang ke Europe lamanya.



 
Bilik yg menjadi pilihan kali ni cuma studio.
Ada satu katil queen size, sofa bed, 1 bathroom & mini kitchen.
Ok la... muat2 family Ammal. Sempit sangat tidak.
Luas sangat pun tidak.
Dan hotel tetap berhadapan dengan laut, di tingkat 21.
Dengar bunyi laut malam2, memang agak scary..hihi

 
Esoknya 22 Disember 2019, kitorang ke Six Flag Great Adventure
1 jam 20 minit perjalanan dari hotel.
Musim winter, theme park kat sini cuma bukak separuh hari.
Tak macam di Florida dimana musim winternya tak sesejuk utara US, theme park bukak dari pagi sampai malam.
Asalnya Ammal tak nak join & tak nak pergi. Ye la... dah ada slip disc, mana la boleh naik roller coaster cam dulu dah. Stress je tengok org naik nanti.
Tapi husband Ammal ajak jugak. Dia kata, dia belanja.
Wokay la. Ahkak fasrahhh... huhuhu
Jadinya, most of the time, I would take pictures & jadi pengawas for the bags :p
Ada la 2-3 rides je yg Ammal naik.



Esoknya, Ahad 23 Disember 2018, kitorang ke Philadelphia untuk naik One Liberty Observation Deck.
Tiket semua seperti biasa, dah beli online siap2 dari M'sia.
Jarak perjalanan 1 jam 10 minit.
Toll booth boleh tahan gak banyaknya... fensannn.. hahaha
Spent masa lebih dari 1 jam kat observation deck ni.



View dari atas
 
 
 
Antara punca duduk lama kat atas ni, sebab ni... diorang letak satu folder "How to speak Philadelphian"
Memang kelakar bila kita cuba ikut slang diorang.
One of my favourite things to do kalau pergi travel is this la... learn how to speak like the locals.
Belajar slang diorang. Ala.. macam kat Msia la. Orang Perak dengan loghat Perak, Kelantan dengan kecek Kelantannya...
Lepas tu, memang buat lawak je la dengan husband.
Lagi kelakar, bila tertukar slang tempat lain... hahaha


Turun dari observation deck, baru tersedar dah terlebih masa dari yang kitorang plan nak parking kereta.
Rate parking mencekik ya amat. Plan asal nak satu jam je. Tapi dah ralit kat atas, pasrah je ler.
Ammal dok carik gambar rate parking, tak jumpa la pulak.
Alang2 dah lebih masa, terus carik makan & pusing2 kat winter market.
Ada tempat skating. Tapi bila tengok ramai orang, anak2 terus tak nak.

 
 
Beberapa hari sebelum balik, masa Ammal banyak dihabiskan dekat tempat shopping.
Ye la. Nak datang lagi tak tau bila. Jadi beli la stock baju anak, cadar, alas meja.
Segala macam benda la. Kalau la duit berkepuk, mau Ammal sewa kontena kot... hahaha
Walaupun exchange rate dah tinggi dari dulu, tapi Alhamdullillah, masih mampu membeli dan berbelanja.
Masih banyak barang dengan harga mampu milik di US ni.
Antaranya t-shirt Adidas dengan harga USD3.46 which is lebih kurang RM15.
Mana nak dapat harga tu kat KL atau London :p

28 Disember, kitorang check out dari Fantasea Resort.
Dannn... cuba teka apa jadi?
Yaaa.. hari hujan. Ammal tak de la suka Atlantic City ni macam Cape Cod, San Diego & few other places kat US ni.
Atlantic City ni ala2 Vegas. Nothing much to do.
Laut dan pantai pun bahaya untuk bermain2.
 
Kitorang check in di Days Inn and Suites Cherry Hill untuk semalam untuk dekat sikit dengan airport PHL.
Hotel yg betul2 berdekatan dengan airport semuanya harga mencekik.
Jadi pasrah la ambik Days Inn ni yg ala2 motel jugak.
Tapi lagi besar dari Americas Value Inn di Woodbury sebelum ni.
Hujan berterusan sehingga pagi hari kitorang nak balik.
Alhamdulillah, masa tengahari hujan berhenti.

Selepas check out, sebelum ke airport, singgah lagi di Walmart utk last shopping.
Ammal beli serbuk hot choc satu kotak... hahaha
Selepas solat Dzuhur, terus drive ke airport.
Hati pun start la sahdu sahdan... Gitu ler Ammal tiap kali nak balik travel.



View Philly masa nak ke airport

Quiet Room di PHL
 
Airport Philadelphia ada menyediakan Quiet Room. Lengkap dengan tempat berwuduk dan sejadah. Terbaikk!!
Jadi tak yah pening2 nak fikir, nak solat kat mana.
 
Flight balik Ammal 19:55 - 16:25 (+1) PHL - DOH by QR728 dengan duration selama 12 jam 30 minit.
Stop di Doha dalam 3 jam.
Dan flight berikutnya 19:30 - 08:05 (+1) DOH - KUL QR844 dengan duration selama 7 jam 40 minit.
Kitorang sampai di  KLIA tepat2 pukul 7:50 pagi.
Urusan immigration & kastam, Alhamdulillah, semuanya lancar.
Makanya berakhir la sudah travel Ammal untuk kali ni.
Jumlah hari Ammal meninggalkan Msia ialah 27 hari... tak sampai sebulan la ek?
Hihihi...
 
 
Annyeong!

2 comments:

Ako Retna said...

Uishhhh lama nya travel kali ni hehe

Ammal said...

Sama gak cam pie US masa 2014. 27 hari gak...