Sunday 31 March 2019

Stiq

Hi you all!
Ammal ni sebenarnya nak kena buat e-filing.
Tapi tetiba teringat.
Ya, Allah! Lamanya tak update blog.
Lepas balik bercuti bulan Disember tahun lepas, memang jadual penuh sungguh.
Dengan kerja, dengan travel.
Bulan Januari, Ammal bawak family sebelah husband bercuti ke Langkawi.
Rehat kejap a few weeks, pertengahan Februari, Ammal terbang ke Bangkok pulak dengan husband.
Yang ni memang betul2 honeymoon. Nanti la Ammal buat entry satu ye, Insya-Allah.
Dan baru beberapa minggu lepas, Ammal repeat ke KB untuk JJSCM = Jalan Jalan Shopping Cari Makan... hahaha...
Term JJSCM ni kawan Ammal yang bagi. Dia kata, konon nak JJCM, tapi shopping yang lebih.

Ok, alang2 dah teringat kat blog, meh Ammal share satu kedai makan favourite Ammal sekarang ni.
Sebenarnya Ammal macam cuak sket nak share pasal kedai makan.
Sebab bila Ammal share, tak lama lepas tu, kedai tu mesti tutup.
Ada sikittt rasa bersalah kat pembaca & tuan kedai.
Tak pe la ye. Kita share je la... makanan sedap, rugi tak share ngan kawan2.

Kedai makan ni, namanya Stiq.
Letaknya di Wangsa Maju, seksyen 2, bersebelahan dengan Burger Kaw Kaw
Ni Ammal share locationnya
https://goo.gl/maps/4UKeumB6kV42
Harga makanannya semua, Insya-Allah mampu bayar.
Rasanya? Fuhhh kalah TGIF, Tony Romas semua tu.
Daging lembut, portion besar.
Pilihan je yg tak sebanyak kat restoran2 besar tu.
Selain steak, diorang ada jual pasta jugak.
Pasta pun sedap youuu...
Yang kureng sedap cuma ayam la pada Ammal
Sekarang ni, paling tak, sebulan sekali mesti Ammal & keluarga makan kat sini.
Puas hati.
Lokasi kedai je la yang tak cantiknya.
Ye la.. macam warung biasa je. Tepi jalan, tepi longkang pulak tu... hahaha
Tapi elok jer bersih.
Korang layan je la gambar2 Ammal tepek kat bawah tu ye.
Gambar2 tu ada yg hari berlainan

Bone rib favourite anak Ammal

Bone rib again

Anddd another bone ribs

Creamy carbonara

Beef stiq
 
Ni menu & harga
 
Betul2 sebelah kedai Stiq ni ada abang jual chicken wings tau.
Chicken wings tu pun sedappp...
Rupa macam yg selalu jual kat tepi jalan, kat pasar malam semua tu.
Tapi rasa superb beb!
Kalau tak nak chicken wings, ada isi ayam ala2 sate jugak.
Chilly dips dia pun sedap berasap.



Ada masa, pie la try.
Memang Ammal recommend sangat2
Ok, till next entry yang entah bila... hihihi


Annyeong!

No comments: