Tuesday 23 June 2020

Paris Day 1 - The Avenue des Champs Elysees & The Louvre Pyramid


Dah dekat 3 bulan baru nak up entry baru! Ammal lupa iti sebenarnya. Sekarang ni WFH. Semua file dekat ofis. So kena la carik file dulu. Dah carik file, masa pulak tak mengizinkan. Anak2 semua ada kelas online. PC, laptop semua fully occupied. Mana dengan nak buat kerja rumah lagi… Sekarang ni, Alhamdulillah, dah boleh adapt dengan cara kerja yang baharu.

Moh la kita sambung cerita
Plan iti, pagi 19 Januari 2020 tu nak ke Marche Bastille. Marche Bastille ni one of the biggest market di Paris.
Tapi bila fikir2, baik pergi pasar yang dekat je.
Lepas breakfast briyani ayam Sharifah, terus la meredah sejuk pagi ke Vincennes Market yang hanya 4 minit jalan kaki dari resort.
Sebab dah beli sim card, Ammal buat live FB sepanjang berjalan di pasar ni 

Antara buah dan sayuran segar yang dijual di Vincennes Market

Seperti biasa bila ke market di overseas, Ammal beli seafood, buah & sayur.
Ni la jugak masanya nak merasa apa2 yang mahal di Malaysia.
Lepas tu singgah pula ke supermarket untuk beli beras, gula, telur dan kudapan.

Segala macam brand beras ada

Kalau besarkan gambar, boleh nampak harga beras Basmathi, 1kg  €3.16.
5kg dalam  €15.80.
Murah kan? Jangan la convert ke RM. 
Mana nak dapat beras Basmathi 5kg RM15.80 kat Msia.


Berpusing-pusing mencari sugar. Boleh pulak terlupa diorang tak mengagungkan bahasa Inggeris.
Sucre = sugar rupanya… 
Tak ada yg kecik, belasah beli 1kg
Sampai la ni ada lagi dalam cabinet, tak habis guna.
Plannya nak terbang hujung tahun nanti, bawak je gula tu sebab dah elok dalam bekas.
Tapi apakan daya, COVID19 punya angkara, habis semua travel plan Ammal.
Hmm... tu cerita lain la nanti ye, kalau Ammal rajin.
Dan berjaya jugak jumpa Gateau Breton size kecik masa di supermarket tu.
Dalam perjalanan balik, singgah kedai roti beli croissant badam dan strawberry tart. 
Subhanallah! Sedapnyaaaa croissant dia. 
Mulut laju terus cakap ngan enche boyfren, 
"Ok, boleh repeat datang!" Hihihi. 
Memang tak sama langsung dengan rasa croissant di Malaysia, walau sesedap mana pun yang Ammal pernah makan.

Lepas simpan semua barang2 belian di resort dan solat jamak, kitorang berdua keluar semula.
Sepanjang di Paris, Ammal gunakan apps RATP.
Korang boleh download dari Play Store; RATP - Your daily co-pilot.
Ammal dah kaji map guna apps tu dan juga Google map selepas Subuh sebab takut strike tak habis lagi.
Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. 19hb tu jugak la, transport strike tu tamat.
Cuma ada beberapa stesyen yang masih ditutup.
Setiap kali decide nak ke mana-mana, Ammal akan pilih option 'less walking'



Dari resort, berjalan dalam 15 untuk ke stesyen Metro Chateau de Vincennes.
Stesyen ni merupakan stesyen terakhir untuk line 1  
Sampai di stesyen, asalnya nak beli Mobilis Day Pass 7.50 - Zone 1-2 sebab bandar Paris berada dalam zone 1 & 2
Dengan Mobilis Day Pass, kita dapat unlimited travel dalam zon pilihan.
Tapi setelah ditimbang tara, kitorang share beli t+ ticket Carnet de 10 dengan harga €16.90
Satu tiket t+, hanya untuk satu arah, satu perjalan sahaja.
Ada 10 tiket, dapat la 5 tiket sorang.
Kalau tak habis, boleh guna lagi untuk esok.
Sah2 la esok kaki dah start sakit & kitorang akan naik bas ajer depan resort!

Untuk trip yang paling kurang berjalan ialah ke Arc de Triomphe.
Ammal lupa dah la Ammal turun di stesyen mana yang pasti Ammal tak naik pun Arc de Triomphe. Tak rasa berminat nak naik.



Lepas puas bergambar, kitorang terus ke The Avenue des Champs Elysees
Nak la tengok macamana environment di Champ Elysees ni.
Kalau baca pasal Paris, mesti nama jalan ni sentiasa disebut-sebut.
Niat lainnya sebab Ammal nak cari macaron Pierre Herme.
Kalau nak dibandingkan dengan Laduree, Ammal lebih suka mac Pierre Herme especially Ispahan. Fuhhh.. meleleh air liur weh! 
Tak jauh mana berjalan, nampak pulak gerai jual Crepes
Dah kata trip JJCM, dah la Ammal memang suka crepes, terus la berhenti.
Nutella & pisang sentiasa jadi pilihan.



Crepes habis, mata nampak pulak ada sale!
Anak yang sulung dah semakin tinggi.
Winter jacket dia dah tergantung. Ye la belinya tahun 2012 dulu. 
Dah 8 tahun. Cari punya cari, jumpa yang menarik dan harga berpatutan.
Terus buat whatsapp call, tanya dia nak warna apa.
Makin besar, makin cerewet. Dari sakit hati kemudian hari, baik tanya terus.
There you go... baru hari pertama dah terbang duit ibu! 
Tak pe la kan. Sekurang-kurangnya, jauh murah dari harga kat Msia.


Jalan punya jalan, nampak butik LV diseberang jalan.
Ammal pandang bangunan je la.
Tak ada kemampuan untuk beli.
Cukup2 la koleksi yang dah sedia ada.
Beli banyak2, tak pakai nanti, kat akhirat nak kena menjawab. Takuttt...

Dan akhirnya, jumpa la kedai idaman.
Tapi ramainya umat manusia kat dalam tu.
Macam ada sale ajer gayanya.
Tak kuasa Ammal nak beratur.
Terus keluar dan pujuk hati beli je mac kat mana2 kedai yang ada jual.
Di penghujung jalan Champ Elysees, Nampak ada sale kat kedai Adidas pulak. 
Tapi harga enche boyfren Ammal kata, tak boleh lawan harga US.
Ammal dah capek. Tak mampu nak bergerak dah, cuma duduk kat sofa dalam kedai tu.



Dari Champ Elysees, kitorang mencari The Louvre Pyramid
Hari dah gelap, memang berpusing2 jugak la nak mencari.
Memang tak ada niat langsung nak masuk museum ni.
Cukup la sekadar bergambar.
Kat area ni seperti yang diwar-warkan oleh blogger lain, memang ramai penjaja kulit hitam.
Diorang ni siap pandai cakap Melayu. Panggil kita Dato', Datin... key chain murah katanya
Tapi Ammal tak minat key chain, jadi tak ada la membeli.


Louvre Pyramid merupakan destinasi terakhir untuk hari pertama.
Sampai di stesyen Chateau de Vincennes, terus cari kedai makan untuk dinner.
Ada 2-3 kedai halal Ammal nampak masa tengahari tadi. 


Portion punya besar, licin kitorang belasah!

Enche boyfren decide nak makan kedai pak Arab.
Ammal ambik beef burger, enche boyfren ambik kebab.
Perut dah kenyang, terus balik resort.
Tapiii… Ammal lupa. Samada kitorang jalan kaki atau naik bas... 
Yang ingat, kaki Ammal rasa dah macam nak tercabut dari badan! HAHAHA

Sekian, cerita hari pertama di Paris.
Nanti kita sambung lagi ye.
Sejak format baru, lembab sungguh blogger ni! 

Annyeong!

No comments: