Sunday, 24 June 2018

Flavours Kitchen TTDI

Ni cerita pagi Jumaat lepas…
Ammal nak ke KPJ Damansara.
Sejak lepas Ramadhan ni, pepagi buta perut dah menjerit2 mintak di isi.
Nak breakfast kat mana tak tau.
Jadinya cakap ngan enche boyfren, kita redah aje la TTDI tu.
Mesti banyak café.
Pusing punya pusing, kitorang decide nak terjah Flavours.
Tengok kat bunting luar kedai ada big breakfast... hmm... menarik!
 
Interior design kedai ni simple je.
Kitchen jenis boleh nampak dari luar. Tapi Ammal adalah kemalasan nak ambik gambar dari dekat.

 
 

Kitchen dari jauh

Pilihan menu boleh tahan gak banyak.
Tapi kitorang ambik pilihan untuk breakfast je.
Ammal ambik Big Breakfast. Sedap!

Pilihan enche boyfren

Big breakfast pilihan Ammal

Sambil makan, deme pasang Kenny G.
Ammal cakap ngan enche boyfren, "Cam atas cruise la pulak…".
Pakat masing2 gelak sambil berangan dan berTB la jawabnya.
Untuk Big breakfast yg Ammal makan, garlic bread dia sedap, sautéed mushroomnya pun sedap.
Memang kualiti masakan terbaik la.
So kitorang decide, nanti bebila nak try menu lain dengan anak2 pulak. 
Kalau korang pernah try makan sini, nanti share ngan Ammal ye.
Ammal carik kat blog lain, tak banyak pulak yg share.


Annyeong!

Las Vacas Meat Shop

Selamat hari raya semua! Tak terlewat lagi kan utk Ammal wish.
Eh, kenapa tetiba Ammal rajin pulak update ye... hehehe...
Entry ni sebenarnya dah lama nak siapkan. Dok dalam draft dah dekat setahun… hahaha
 
Las Vacas Meat Shop ni lama dah Ammal pie. November tahun lepas.
Masa tu birthday anak Ammal.
Seperti biasa kitorang bagi option kat dia nak makan apa.
Dia pilih nak makan western.
 
First time Ammal pie Las Vacas ni dulu, Ammal pie yang kat Jalan Yap Kwan Seng.
Masa tu celebrate birthday enche boyfren.
Kiranya ni 2nd time la Ammal pie.
Tapi kali ni Ammal pie cawangan di Sunway Putra.
Punya la dah lama entry ni, cawangan di Sunway Putra ni pun tak silap Ammal udah tutup… huhuhu
 
Ok meh Ammal citer sket pasal restaurant ni.
Las Vacas Meat Shop ni asalnya bukak di Mont Kiara kalau tak silap Ammal.
Konsep diorang sama dengan Menate & Toowoomba (pun udah tutup) :(
You all boleh pilih sendiri nak jenis dan berat daging yang you all suka atau ikut je pilihan diorang.
Boleh pilih samada nak makan daging wagyu, grain fed atau grass fed.
Kalau tak suka daging lembu, ada pilihan kambing, seafood dan juga pasta.
Menunya, seperti biasa, Ammal selalu lupa nak ambik gambar…

Untuk makan2 kali ni, birthday boy tak banyak songeh.
Dia cuma pilih lunch set yg ada.
Masa sampai, restaurant tak de customer sorang pun.
Kesian depa!
Jom layan gambar.


Mushroom soup

Ceaser salad

 
Dua menu di atas Ammal punya.
Omak birthday boy kononnya diet... hahaha


Beef wrap

Appetizer yang paling Ammal suka… Beef Wrap.
Tapi kali ni, Ammal rasa terlebih masin la pulak.


Burger apa ntah, Ammal lupa.. hihihi

Burger yg ni, enche boyfren yang punya. Serius Ammal lupa dia makan apa…

Beef burger

Yang ni pula pilihan birthday boy. Sempoi giler…
Pujuk suruh ambik yg mahal sikit pun tak mau.
Tak mau sudah! Jimat duit.. kah kah kah

Fettucini Alfredo

Pasta ni pilihan si adik.
Peminat makanan yang bercream gini.

Ok, whats the verdict this time?
Walaupun appetizer depa masin, yang lenlain semua sedap.
Kalau tak sedap, takkan Ammal repeat kan?!
Service tip top. Harga pun, mampu utk dibayar.
Kecuali korang ramai2 ambik wagyu, memang buntang mata la bayor… hahaha
Tapi buat yang dah pernah makan wagyu, korang mesti faham kenapa daging tu mahal kan!
Cair dalam mulut beb, cairrr… siyes Ammal tak tipu!
Tak yah susah payah nak kunyah.

Ammal memang recommend restaurant ni untuk korang try.
Memang tak mengecewakan!
Nak tau kat mana cawangan deme, boleh check kat Mr. Google.. hihihi
Tak silap Ammal, kat Mont Kiara masih ada.
Yang terbaru depa bukak kat Pavilion.
Cuba jangan tak cuba. Penat Ammal type ni!


Annyeong!


Tuesday, 24 April 2018

Oni Oni Gimbap

Ni satu lagi restoran Korean halal...
Kat mana?
Nah, ni address nya:
No. 19-G, Jalan Wangsa Delima 10, D'Wangsa
Wangsa Maju, KL
Nak lagi senang... sederet dengan restoran Amy Search dedolu

1st time Ammal try, masa dating ngan enche husband.
Masa tu kenyang, jadi kitorang cuma try Chicken Fried Pop je.
Bila dah rasa sedap, tak lama lepas tu, terus bawak anak2 Ammal.

Dari 4 menu di bawah, Mandu Ramyeon tu kureng sedap la pada Ammal.
Paling sedap mesti la Chicken Fried Pop diorang.
Pilihan menu tak sebanyak kat Sopoong.
Harga pulak standard la. Tak mahal melampau, dan tak murah sangat.

Mandu Ramyeon

Bibim Bap

Bulgogi Rice

Spicy Chicken Fried Pop

Kalau korang decide nak pergi, kedai ni buka setiap hari kecuali Ahad dari 10.30 pagi - 3.30 petang & dari 5 petang - 9.30 malam.
Nak lagi tergoda ngan gambar makanan diorang, boleh terjah kat IG & FB.
Ok, selamat jalan-jalan cari makan!


Annyeong!

Friday, 30 March 2018

Bandung entah untuk kali ke berapa...

Ammal ke Bandung lagi 31 Jan-3 Feb 2018 lalu entah untuk kali keberapa... hahaha
Trip gegurls kali ni ada 3 muka baru. Dan buat pertama kalinya Ammal try naik Malindo Air.
Ada insiden masa Ammal dah upgrade luggage.
Boleh pulak system Malindo tu sesuka hati tukar luggage yg Ammal upgrade utk trip BDO-KUL ke trip KUL-BDO!
Sebaik perasan.
Jenuh jugak hantar emel, telefon & pergi ke customer service diorang!
Overall Malindo ni ok... free luggage 20kg, free meals & ada entertainment jugak.
Cumanya kapalnyer tiap kali nak landing, gegerrrnyeee... kus semangat!

Complimentary snack by Malindo Air
 
Untuk penginapan, kali ni Ammal stay di Best Western Premier La Grande.
Pada awalnya Ammal booked Holiday Inn Bandung Pasteur. Tapi bila dah nak hujung2, dekat2 dengan trip, bila check, tengok environment cam sendu... hahaha
So Ammal contact Agoda, tanya boleh cancel ke tidak.
Ammal bagi sebab, kata Ammal jumpa hotel yang lagi best.
Dok pung pang pung pang, Alhamdulillah dapat.
Tapiii... Hmmm... 'best' la sangat! Sethap sikit la dengan hotel ni.
Makan tak sedap langsung. Bilik pun kecik.
Mungkin jugak sebab masa last trip Ammal stay kat Crowne Plaza which is 5 star hotel.
Expectation tu mungkin terletak lebih kot... huhuhu

Udah waktu berlepas, tapi bayang kapal pun tak nampak!
 
Hari berlepas flight delay satu jam. Kesian Pak Denny lama menunggu.
Sesampai je di Bandung, terus check-in, solat dan kemudian pergi makan..
Ammal & long travel partner rindukan cumi (sotong) Bandung.
Ajak Pak Denny ke Rumah Makan Sederhana.
Tapi tak de rezeki. Cumi tak ada. Air Es Kopyor favourite Ammal pun dah habis. Sedeyyy...
Selesai makan, terus bawak kawan2 ke Rumah Mode.
Sementara shopping, Pak Denny hantar sorang kawan (kakak senior masa belajar) balik ke hotel sebab dia dah pening, perut masuk angin. 
Kawan2 yg 1st time datang, sakan memborong.
Ammal shopping sikit je. Lepas tu duduk makan & relaks kat luar Rumah Mode yg lawa tu sambil tunggu kawan2.
Tetiba dengar takbir... udah macam hari raya.
Baru la teringat.. malam tu gerhana bulan.

Settle shopping di Rumah Mode, Pak Denny bawak shopping kain sulam.
Lepas tu terus balik hotel. Semua dah kepenatan.

Murtabak San Francisco! You all kena try ni!
 
2 hari berikutnya hanya di isi dengan shopping, makan, makan & spa... hahaha.
Kalau ke Bandung ni, kalau tak ke spa, rugi weh!
Package seribu lebih kat KL, cuma seratus lebih je kat sini.
Sebab dah murah, hulur2 la tips kat masseur tu. Mesti dia seronok...
Spa paling best Ammal pernah pie kat Bandung ni ialah di The Lammar's.
Pak Denny kata The Lammar's tu buat spa utk kahwin... hahaha
Tapi siyes best. Macam tuan puteri dilayannya kita.
Harga mahal sikit la kalau nak compare dengan spa2 lain di Bandung.
Tapi idok ler semahal harga di KL.

Makan-makan di Kampung Daun

Kudap2 utk dibawa pulang
 
Hasil shopingan hari kedua
 
Separuh hasil shopingan kami sepanjang 3 hari
 
Niat asal Ammal nak ke The Lodge Maribaya.
Tapi tak sempat pun.
Insya-Allah ada rezeki boleh datang lagi.
Cumanya tak tau bila.
My travel partner dah tak nak datang Bandung dah.
Bosan dah katanya... hahaha

Untuk next trip, Insya-Allah panjang umur, murah rezeki kitorang akan ke Padang.
1st time nak try ni.
Expectation kena rendah.
Ada kawan2 yang dah sampai kata toilet pun kotor... oh oh... scary ok!
Ammal cari blog pasal Padang pun tak banyak blogger yang bercerita.
Tak pe... tak pe... kita cipta pengalaman sendiri nanti.
Selain Padang, Ammal ada 2 trip lain dan ke'busy'an telah pun melanda sejak hujung tahun lepas lagi.
Dalam masa yang sama, seperti biasa Ammal jugak tolong kawan-kawan untuk cari flight ticket, plan itineraries, bagi advice & tips etc.
Semoga Allah permudahkan segala urusan-urusan Ammal.

Ammal ada 1 trip lagi, yang masih dalam angan-angan dan perancangan.
Tak confirm nak ke mana. Macam2 destinasi yg dah disebut.
MATTA Fair last week pun, berbondong-bondong pamphlets & brochures yang Ammal ambik.

Ok... till next entry yg tak tau bila... hahaha
Ada 4 draft jalan2 carik makan, 2 draft travel yg masih tergantung.
Entah bila la Ammal nak sambung.


Safe travel everyone! Annyeong!

Monday, 22 January 2018

Tips: Transfer/connecting flight & hand luggage

Kenapa Ammal tetiba rajin nak update blog arini?
Sebab ada incident sket yang berlaku.
Jadi Ammal rasa bertanggung jawab untuk share pengalaman Ammal.

Kat entry https://jeoneun-ammal.blogspot.com/2015/07/tips-cari-tiket-kapal-terbang-dengan.html,  Ammal ada sebut pasal connecting/transfer flight. 
 
Silap Ammal, tak share in details pasal connecting flight ni.
Ok, berapa jam yang Ammal recommend masa menunggu untuk next connecting flight?
Ikut pengalaman Ammal, paling minima 2 setengah jam. Maksima 4 setengah jam.
Lebih dari tu, dijamin korang rasa nak guling2 kat lantai airport tu dah!
Kalau rasa ada duit lebih, boleh je nak sewa bilik kat airport tu. Pun Ammal pernah buat gak...
Tapi kalau dah sampai 12 jam, tu dah dikira stop over.
Membazir duit jer kalau korang sewa bilik mahal2 kat airport tu.
Baik korang keluar airport, pie jenjalan kat tempat atau negara yang korang berhenti tu.
Dapat gak menyelam sambil minum ayor!
Tu pun dengan syarat, korang ada visa, kalau negara tu memerlukan visa la.
Karang ada pulak yg sesedap rasa keluar gitu jer.
Sila buat kerja lebih, check everythings ye!
 
Ok, kenapa Ammal recommend masa paling minima 2 setengah jam?
Sebab kena ambil kira kemungkinan untuk flight delay, sangkut di immigration etc.
Immigration ni Ammal tak rasa ada SOP untuk masa paling pendek.
Yg penting pada deme, efficient dan kawalan sekuriti deme tu.
Kalau korang pilih masa menunggu utk connecting flight dlm 1 jam, sangkut kat immigration je dah sejam, rasa2 sempat ke nak naik connecting flight tu?
Jangan carik pasal... percaya lah!
Ammal dah ada few experiences berlari tak cukup nafas, tak cukup tanah untuk ke gate tau!
Kesian anak2 Ammal... dan incident tu, bukan salah Ammal, tapi sebab immigration yang banyak songeh!
Kalau 4 setengah jam tu selalunya memang cantik2 la. Sempat utk solat, sempat pie toilet, sempat shopping, jalan2 dalam airport.
Perasaan pun tenang.
Tapi kalau ada 2 connecting flight, 1st connecting dah delay, Ammal cuma mampu nasihatkan... doa la banyak2.
Memang Allah nak duga la jawabnya tu. Claim ajer la dari travel insurance korang nanti...
 
Ok.. pasal hand luggage pulak.
Selalunya apa yg korang masukkan dalam hand luggage?
Kat bawah ni, Ammal listkan apa yang Ammal masukkan...
 
Untuk travel dengan baby & anak kecil:
Ubat (pastikan ada label & dlm kotak asal)
Sweater (utk travel masa autumn atau winter). Winter jacket sila check-in
Pampers
Extra baju, seluar, mittens, socks & seangkatan dengannya utk anak
Extra baju sepersalinan lengkap untuk diri
Susu yang dah disukat
Baby wipes
Botol susu
Mainan untuk anak2
Telekung
Travel insurans & other important docs
Camera
Face mask
Mini toileries
Kids ID tag

Untuk travel keluarga :
Ubat (pastikan ada label & dlm kotak asal)
Sweater (utk travel masa autumn atau winter). Winter jacket sila check-in
Extra baju sepersalinan lengkap untuk satu keluarga
Baby wipes
Mainan untuk anak remaja
Telekung
Travel insurans & other important docs
Camera
Face mask
Mini toiletries
Kids ID tag

Ok, itu jer buat masa ni dari Ammal.
Korang kena tau dan ingat.
Travel ni memang ler seronok. Tapi disebaliknya tu, banyak dugaan, halangan, cubaan, dan segala macam benda yang jarang travellers share in details apa yg dia alami.
Just be prepared dan berdoa lah agar dipermudahkan segala urusan.


Annyeong!

Friday, 5 January 2018

Update on Travel Insurance

Just nak bagitau you all, Ammal ada update sikit kat entry travel insurance.
Kalau nak baca, ni Ammal bagi link

http://jeoneun-ammal.blogspot.my/2014/10/#!/2014/10/persediaan-melancong-5-travel-insurance.html.

Ammal malas nak buat entry baru... hihihi.
Draft pun ada 4-5 yang tak sempat nak update.


Annyeong!

Tuesday, 19 December 2017

Sopoong Korean Restaurant

Tak dapat pie Korea, dapat makan pun jadiii laaa...
Alasan sangat kannn... hahaha
 
Sopoong ni kiranya antara halal Korean restaurant yang mula2 bukak kat Msia.
Dulu ada kat Quill City Mall. Now tutup sudah...
Kali ni Ammal bawak anak2 try kat cawangan baru deme di Melawati Mall dengan niat kalau ada rezeki ke Korea nanti, diorang dah tau nak makan apa.
Ntah bila nak ke Korea tu, idok ler Ammal tau! Hahaha...
 
Chicken bulgogi dolsot bibimbap pilihan anak Ammal

Mandu

Ammal pilih cheese dakgalbi

Mango bingsu

Menu Sopoong ni variety. Rasa cam nak cuba semua jer.. hahaha
Tapi kali ni, kitorang cuma makan cam kat atas tu jer.
Portion secukup kenyang perut Ammal ngan anak2.
Rasa pun sedap. Puas hati la...

Topokki kat bawah ni pulak, Ammal makan masa keluar ngan husband.
Makan masa badan tak sihat. Samada topokki ni memang tak sedap atau mulut Ammal yang deria rasa tak berapa betul.
Tak habis makan pun...
Toppoki
 
So, kalau nak cuba, korang boleh datang kat Melawati Mall. Banyak kedai makan favourite Ammal kat mall ni.
Ammal sukaaaa :D
hihihihi
 
 
Ok, tunggu entry seterusnya.
Annyeong!