21 November 2015...
Settle immigration, kitorang terus gerak cari meditation centre untuk solat Subuh.
Ramai yg puji pasal airport Schiphol ni.
Antara aiport terbaik dalam dunia... jadi moh la kita tengok.
Sebab tak nak buang masa, selepas pie toilet deme yg canggih (sampai lupa nak ambik gambar), kitorang terus pie tanya kat information counter.
Officer kat information counter tu kata, meditation centre kat gate F.
Boleh tahan jugak nak kena menapak.
Schipol under renovation, jadi agak serabut sikit mata memandang.
Tapi bila sampai kat meditation centre tu memang teruja gak la.
Lagi best dari surau kat Narita.
Meditation Centre ni bukan surau sebenarnya, tak besar mana tapi lengkap dengan sejadah, Al-Quran, telekung & selipar utk pie toilet.
Buku-buku agama lain pun ada jugak disediakan.
Masa Ammal nak pie ambik wuduk, ada mat saleh datang dan bagi salam.
Wahh... terkejut I!
Masa husband Ammal solat pulak, ada polis datang solat.
Lagi double terkejut.
Tak sangka pulak Netherland ni nak ambik orang Islam jadi polis... ye la kan... banyak sangat kes Islamophobia sekarang ni.
Ammal jadi skeptical pulak...
Kira bagus la kan... diorang nak recruit orang Islam utk jaga keamanan.
Idok le dok manjang kata orang Islam ni terrorist!
Lepas solat, kitorang pusing2 dalam airport tu.
Ammal baca, ada traveller recommend pie lookout point/observation deck Schiphol ni.
Bila tak jumpa, tanya kat information counter.
Rupa-rupanya bila dah check in tak boleh pie dah.
Tempat tu hanya untuk visitor... alaaa. Frust ahkak tau!
Selain dari tu, kat Schipol ni ada museum, library, free wifi, restoran dan cafe dan pelbagai kedai duty free. See buy fly katanya..
Tapi ahkak tak mampu nak see & buy.
Mampu terbang dan makan je...huhuhu
Transit 3 jam 46 minit rasa kejap je.
Kedai tulips
Yg ni pulak jual cheese
Dah puas ronda, kitorang gerak.
Sampai kat immigration, seperti yang dijangka, officer tu interview sket2.
Tanya datang Europe buat apa, berapa lama dan dia mintak dokumen utk hotel booking dan bukti return ticket.
Dari pembacaan, kalau ke Europe ni ada yang immigration officer sampai tanya berapa banyak duit yg kita bawak & kena tunjuk kad kredit.
Sebaik kitorang tak kena sampai gitu...
Memandangkan entry ni pasal Schipol, Ammal terus cerita pasal trip balik la ye.
Transit terakhir sebelum balik masih di Schipol selama 4 jam 50 minit.
Sebab hari siang, baru la nampak view dari udara.
Amsterdam ni bandar atas air. Jadi memang air sesaja la.
Kincir angin pun banyak Ammal nampak dari kapal terbang.
Sampaikan dalam laut pun ada. Hebattt!
Kalo besarkan gambar, boleh nampak kincir angin atas laut!
Air sesaja
Kincir angin lagi
Dan tulip
Jadi betul la... Schipol antara 10 airport terbaik dalam dunia.
Lengkap semuanya!
Satu hari nanti, andai ada rezeki nak juga jalan2 kat Amsterdam. Insya-Allah.
Berangan itu free!
Annyeong!
No comments:
Post a Comment