Monday, 30 November 2015

Gibralfaro & El Palo, Malaga Spain

Morninggg...
Dah pukul 11 pagi baru bangun.
Esok nak keje, cane ni... huhuhu
Tengah rajin nak bercerita, jadi meh kita sambung.

Malaga ni salah satu wilayah (province) di rantau (region) Andalucía.
Selain wilayah Malaga, ada Almeria, Cadiz, Cordoba, Granada, Huelva, Jaen & Seville.
Kalau di Malaysia panggil negeri kan.
Tapi di sini, dipanggil wilayah.
Kalau nak tau lagi detail pasal province, region semua tu, korang Google la ye.
Ammal pun pening nak fahamkan.

Sampai je airport, sebab kapal kecik kan, kena stop jauh sket dari aiport gate & kitorang kena naik bas macam kat Madrid Aiport gak.
Ikut pembacaan, Malaga Airport ni, antara yang sibuk dan ramai orang.
Tapi bila kitorang sampai... ek ehh.. sunyi sepi.
Owhh... ok winter!
Orang-orang tua je yg ramai datang sini bila winter... hahaha...sades...

Luas

Ada 2 je kapal yg mendarat time tu

Seperti biasa, kitorang sewa kereta..
Mahal sungguh la rate kat Europe ni.
Actually ada la dapat rate murah ikut website yang pernah Ammal share kat entry sewa kereta .
Tapi bila baca review, company tu banyak kes la pulak.
Terus cancel.
Gedebak gedebuk, kitorang decide untuk pilih Hertz.
Untuk sebuah kereta mini, sewa selama seminggu RM1600!  RM610 (Sorry. Ammal lupa ada dapat discount! hehehe)
Pengsan!!
Kalau kat US, boleh dapat kereta mewah untuk sewa 2-3 minggu! seminggu!
Nak cari booth car rental, ikut je signboard & signage yg ada...


Cinta!!

Alhamdulillah, rezeki kitorang... sebab customer tak ramai, staff Hertz; Miguel (pronounce as Migel) kasi free upgrade.
Dapat la kereta mewah! Insurance kereta sangat digalakkan ambil, Miguel kata.
Jadi kena la keluarkan € lagi!

Penginapan yang dapat discount tu, kitorang pilih Sunset Beach Club di Benalmadena.
Dalam 20 minit drive dari airport.
Camana boleh dapat discount tu, kita cerita lain la ye.

Meneruskan perjalanan ke Benalmadena

Cam biasa perangai Ammal mesti nak beremel-emel kannn...
Jadinya selepas beremel dengan pihak hotel, kitorang upgrade ke Junior Suite.
Dapat free wifi, bilik besar sket dari standard room etc...
Kos penginapan selepas discount & upgrade dalam RM1500 +/-
Kitorang jimat RM1000 +/-
Dengan harga asal, idok ler Ammal mampu nak ke benua ni.
Tu sebab banyak kali plan ke Europe terpaksa cancel.
Tiap kali lepas buat budget, kitorang rasa tak mampu nak bercuti satu family.


Lepas check in, dah hampir malam walaupun baru pukul 5 lebih.
Masuk bilik, tengok semua lengkap.
Siap ada dapur mini.
Memandangkan badan dah penat, jadi kita rehat & masak Brahims ajer le.

Gambar terbalik, Ammal malas nak edit, jadi sila adjust kepala sendirik! hahaha

Pagi esoknya, 22 November, lepas Subuh terus tunggu sunrise.
Subuh masuk dalam pukul 6.11 pagi dan syuruknya dalam pukul 8.
Lama kan..
Sunrise cantik sungguh la.
Berlambak2 gambar sunrise & sunset dalam camera Ammal tau.

Dari balkoni

Untuk pengetahuan you all, penginapan di Benalmadena ni, diorang siap2 letak berapa bintang kat bangunan masing2.
Sunset Beach Club ni, 4 bintang.
Macam2 aktiviti & kemudahan ada. Puas hati la kiranya.

Antara aktiviti yang ada

Ikut itineraries, hari ni kita ke Gibralfaro & Alcazaba.
FOC selepas pukul 2 katanya.
Jadi pagi tu, relaks aje la.
Dalam pukul 1 centu, kitorang gerak.
Sampai kat city, terkejut tak yah cakap la.
Kecik giler jalan dia.
Patut la kereta sewa, walaupun kategori kereta mewah pun comel2 je semua.

 
Disebabkan nak mencari parking kat sini, susah nak mampos, jadinya plan ke Alcazaba kitorang cancel.
Nak masuk parking dah la kena turun bukit, pastu tak de kosong la pulak.
Dua kali mengundur bukit curam, driver tak fed-up, co pilot yang lebih sentap!
Lupa pulak Ammal nak ambik gambar situasi masa tu.
Lepas tu, terus cari Gibralfaro.
Apa sejarahnya, sila baca sendiri...
Alhamdulillah, parking kat Gibralfaro lebih senang.
Walaupun kat atas bukit, ada je tempat kosong.
 
View dari parking
 
Confirm free selepas pukul 2!

Ni fees nya

Details lain semua ada tampal tu

View dari atas Gibralfaro

Syiok kan kalo ada rumah kat atas ni


Sacry bila jenguk ke bawah

Sila panjat tangga ni untuk dapat view yang lawa tadi

Dan malangnyaaa...
 
Kalo sanggup, sila la guna tangga ni untuk ke Alcazaba.
  
Puas bergambar kat atas tu, kitorang pie ke El Palo beach.
Kat sini la orang kata nak carik sardine bakar!
Sampai2, sekali tengok banyak yg dah tutup kedai.
Salah Ammal tak check waktu buka & tutupnya!
Sebaik jumpa satu, El Tentiro yg masih kemas2 dan nak terima pelanggan lagi...


Sardin bakar €6
 
Sotong goreng tepung €8

Ikan kod €6 

Gerai2 yang masih berasap arang2nya
 
Nak melantak macam kat Malaysia, memang carik nahas la kan!
Satu pinggan kecik tu dah dekat RM30
Jadinya, merasa buat syarat je la.
Memang fresh seafoodnya. Cuma agak masin bagi kitorang.
Dah abes makan, bila nak bayar, dapat discount lagi... Alhamdulillah.
Pastu kitorang pusing2 sket kat kawasan tu.
Gerai2 yg dah tutup kat situ, masih berasap lagi arang tempat bakar ikannya.
Puas pusing, terus balik hotel & masak Brahims la apa lagi....
Next entry, Insya-Allah malam karang ke... tengok kerajinan! hehehe
 
 
Annyeong!


No comments: