Sunday, 8 November 2015

Kuala Lumpur Food Truck Feast


You all pernah dengar pasal food truck tak?
Trend sekarang kan... jual makanan dari truck
Mula2 dulu, Ammal tak berapa berkenan.
Sampai la satu masa tu, one of the truck datang ke sekolah anak Ammal sempena Hari Kantin.
Dan anak Ammal bagitau, betapa sedapnya cheese steak sandwich yang diorang jual, sampai 2 ke 3 sandwich dia beli masa tu... hmmm...
Anak Ammal kata nama food truck tu, Boys Food Truck.
Jadi Ammal pun terus la tanya my boyfriend, Mr. Google.
Dekat2 dengan rumah Ammal je rupanya.
Selang beberapa hari, kami berjaya terjah!
Wah!! Memang betul sedap sandwich dia!
Terasa rempah perapan dan penuh dengan cheese.

Haaa... terliur tak?

Walaupun tak de proper kerusi meja macam kat kedai makan, kitorang satu family layan jer.
Ambik kerusi, duduk je tepi longkang... hahaha
Masa kejadian, kitorang 1st customer.
Mula2 beli 4 cheese steak sandwich & 1 spaghetti.
Makan punya makan, sekali tak cukup...punya la sedap sandwich deme!!
Jadi tambah lagi 3 sandwich..hihihi
Sejak malam tu, pantang tau pasal food truck yang sedap, terus simpan dalam memori nama truck nya.

Sekarang yang lagi seronoknya, diorang buat festival food truck.
Ala-ala kat obersea.
Lagi senang la kitorang nak terjah food truck yang jauh2 tu kannn
Nak tau diorang buat kat mana?
Diorang buat di Dataran Merdeka, setiap Sabtu pertama & ketiga setiap bulan!
Dari pukul 5.30 petang sampai 1 pagi.
Kalau pergi petang, tak banyak sangat food truck yang ada... dalam 10 truck aje lebih kurang.
Kalau malammm... fuhh... bukan setakat food truck, orang pun ramai macam pergi pasar malam!

Comel pulak tong sampah ni kan?!

Baronne's spaghetti chicken parmigiana by Flaming Wheels

Big momma's beef & chili burger by Flaming Wheels

Meja & kerusi disediakan... tapi tak banyak

Menu Flaming Wheels

Menu Cowboys Food Truck
 
Suasana bila malam
 
Satay Kajang pun ada you!

Kalau korang nak tau lebih lanjut, boleh check FB Kuala Lumpur Food Truck Feast.
 
Kalau tanya pendapat Ammal, truck mana yg sedap pulak, ni Ammal listkan...
Cowboys Food Truck, TTDI dekat dengan Shell & Lim Tyre : Garlic parmesan chicken wings (memang power giler!)
The Boys Food Truck, Dataran Setiawangsa : Cheese steak sandwich, beef meatball, cheese burger
Mustafa Jones Burger, Taman Permata sebelah Giant, depan 7E : cheese burger, bbq chicken wings, beef ribs sandwich & banyak lagi sampai lupa nama
Flaming Wheels (lokasi tak pasti, G Tower kot skrg ni) : refer 2 menu yang Ammal makan kat atas nun! Yang lain tak pernah try lagi..
 
Buat masa ni, Boys Food Truck & Mustafa Jones tak join Kuala Lumpur Food Truck Feast.
Nak try kalu, sila la cari mereka di lokasi yang Ammal bagi tu.
Ada jugak food truck yg lain, Ammal try.
Tapi minta maaf. Tak menepati piawaian tekak Ammal & family.
Food truck mana yang tak menepati piawaian tu, Ammal tak nak la bagitau.
Korang test la sendiri.
Tekak masing2... karang Ammal kata tak sedap, korang kata sedap, jadi bahan pulak... ok?!
 
 
Annyeong!

No comments: