Tuesday, 1 December 2015

Seville, Spain

23 November, Isnin tak da buat apa sangat.
Kitorang cuma pie Marques de Larios & Plaza Mayor.
Konon nak shopping. Tapi tak menarik sungguh...
Travellers lain kata, kalau ke bandar jangan lupa beli badam yg banyak jual tepi jalan...
Jadi Ammal shopping kacang & coklat je la banyak...hahaha

Marques de Larios yang kengkonon ala Jln Bukit Bintang :p

Jual badam tepi jalan je

Ni antara punca kitorang berpusing2 dalam bandar!

24 November, Selasa, travel jauh ke utara sikit.
Cadangnya nak explore Seville.
Dalam 2 jam setengah perjalanan dari hotel.
Sebab jauh, pagi2 lagi dah kejutkan anak-anak. Suruh diorang mandi sambil Ammal panaskan Brahims untuk breakfast.
Dalam pukul 8, set gps dan terus dibawa masuk ke Autovia/ Autopista.
Autovia/ Autopista ni hiway diorang.

View sebelum masuk Autovia/ Autopista


Toll €3.25

 
Kiri kanan hiway lebih kurang macam di San Diego cuma lebih bosan...huhuhu
Sampai satu kawasan, tanah flat aje.
Paling tak cuma ada pokok olive.
Tak de view yang menarik langsung!
Dannn ada satu bau yg Ammal rasa, bau diorang proses olive oil kot?!?
Walaupun Ammal suka makan makanan yg ada olive oil, tapi bau kat kawasan tu sangattt tak sedap pada hidung Ammal.
Akhirnya Ammal tertido! hahaha

Antara nama jalan yg buat co-pilot 'mental'!

Tapiii... mata ni pandai pulak!
Bila dah nak sampai, terus celik.
Seperti biasa, nak carik parking agak susah.
Ni Ammal share sket gambar2 di bandar Seville.



Kat sini banyak sangat pokok orange! Rasa maca nak petik je!

Hmm... Nampak tak? Depa letak kat rak bawah! Bertabah aje la...

Antara yg di cadang oleh travellers, buku2 travel & bahan bacaan lainnya, kalau ke Seville kena pergi Alcazar, Seville Cathedral & Plaza de Espana.
Kitorang decide untuk ke Alcazar dulu.
Dari parking kena jalan dalam 1 km.
Apa dia Alcazar?

The Alcázar of Seville (Spanish "Reales Alcázares de Sevilla" or "Royal Alcazars of Seville", (Spanish pronunciation: [alˈkaθar])) is a royal palace in Seville, Spain, originally developed by Moorish Muslim kings. The palace is renowned as one of the most beautiful in Spain, being regarded as one of the most outstanding examples of mudéjar architecture found on the Iberian Peninsula.[1] The upper levels of the Alcázar are still used by the royal family as the official Seville residence and are administered by the Patrimonio Nacional. It is the oldest royal palace still in use in Europe, and was registered in 1987 by UNESCO as a World Heritage Site, along with the Seville Cathedral and the General Archive of the Indies by Wikipedia

http://www.lonelyplanet.com/spain/seville/sights/castles-palaces-mansions/alcazar

Banyak pertembungan fakta pasal Alcazar ni.
Tapi Ammal percaya ia bukan setakat dibina tetapi turut di bawah kuasa orang Islam.
Pandai2 la korang baca kalau nak tau details ye.

Alamak! Rate utk masuk terbalik lagi... maaf, Ammal malas :p

Penuh dengan ukiran dan juga seni khat Islam

Sapa pandai baca? Ammal tak gheti...

Jardine = garden.

Alcazar ni penuh dengan taman.
Sangatttt lawa. Tapi apakan daya, Ammal tak pandai nak ambik gambar cantik2.
Tunggu Ammal ambik kelas fotografi ye, Insya-Allah...

Ni map jardine di Alcazar. Luaskan!?

Lepas pie Alcazar tu, kitorang terus gerak untuk destinasi berikutnya; Sevilla The Style Outlets.
Cathedral husband Ammal kata 'buat apa masuk?'
Ok la... ahkak menurut perintah.
Ammal bergambar kat luar je.
Plaza de Espana pun, dah tak larat nak pie carik.
Ammal jamin boleh kurus kalo round Europe sebulan!

Sevilla The Style Outlets ni, sebelum sampai Ammal harapkan sehebat & se gah outlet di US nun...
Tapi nan hado...


Macam tak de orang je kan?

Puas pusing cari barang sopingan, tetap tak jumpa.
Pengabis terus decide carik kedai makan halal.
Tapiii... Ammal lupa.
Kedai makan kat Spain ni tutup pukul 4 petang.
Ye... waktu makan, operasi kedai makan, bank, attractions etc semuanya sangat berbeza di Spain ni ye.
Contohnya waktu lunch diorang ialah dari pukul 1 tengahari sampai 4 petang. Lepas tu, kebanyakan kedai makan akan ditutup.
Dan buka semula untuk dinner dari 8.30 atau 9 malam sehingga tengah malam.
Jadi kalau bercadang nak bercuti ke sini, kena ingat betul2.
Jangan jadi macam Ammal... beriya membaca. Bila sampai lupa...huhuhu
Dahhh... malas la nak citer!
Senthap je bila ingat insiden2 di Spain ni tau! huhuhu
Tinggal satu entry je lagi.


Annyeong!

No comments: