27 November 2015, Jumaat...
Pagi tu, habiskan semua barang2 basah.
Lepas tu, start packing...
Tak ada plan dan aktiviti apa pun.
Dalam pukul 11 pagi kot, tak silap Ammal, kitorang gerak ke bandar Malaga cari masjid untuk solat Jumaat.
Gambar masjid Ammal tak ambik sebab parking berdekatan tak ada.
Husband dan anak2 pie solat, Ammal bantai tido dalam kereta...hahaha
Lepas solat, terus balik ke Benalmadena.
Singgah kejap kat Carrefour nak cari chocolate Ovomaltine yg pernah Ammal tengok kat FB Rizalman... tapi nan hado! :(
Ooo... kat Spain ni, daging oink2 memang merata.
Masuk Carrefour tu, bau tok sah cakap la.
Sebaik sejuk kan... jadi idok ler teruk benor baunya.
Tak caya, tengok gambar yg Ammal tepek kat bawah nun... fensannn...
Breakfast
Nampak tak apa yang bergantungan?
Sampai hotel, kitorang decide ronda2 kat pantai.
Dah nak balik, pantai tak habis ronda pun...
Anak2 Ammal yg pantang tengok air ni, apa lagi... terus sinsing kaki seluar & lengan baju main di gigi air.
Air laut dia jernih... tapi apakan daya.
Tak mampu ler nak mandi.
Kot rasa2 nak kena frostbite, boleh la...hahaha
Tuan punya blog, lepas gian dengan air laut. Rendam tangan pun jadi laaa...
Mood nak balik dah mai, duduk ler kat balkoni puas2 sambil layan perasaan...
28 November 2015, Sabtu flight Ammal 9.35 pagi.
Jadi lepas Subuh, terus check-out.
Tempat return kereta sewa kat Malaga airport boleh tahan jauh.
Sejuk sungguh la nak berjalan mencari terminal.
Winter jacket dah masuk luggage. Cuma pakai sweater biasa. Keras kejung rasa semua jari.
Flight balik kali ni, 9.35 AGP - 12.15 Paris (CDG).
14.40 CDG - 15.55 AMS dan 20.45 AMS - 15.40 (29 Nov) KUL
Malaga Airport di subuh hari
Bubbye Malaga
Sampai kat Paris Ammal lupa pukul berapa.
Alhamdulillah, tak ada la yg menakutkan jadi kat airport.
Ye la... time Ammal travel tu kan baru je lepas kes letupan kat Paris.
Tapi perasan la jugak ada yg pandang2 Ammal yg bertudung ni semacam.
Tawakal aje la.
Sampai kat CDG, terus cari makan.
Kitorang dah kebulur...
Jadinya decide makan croissant & pasta salad.
Jadi la buat lapik perut...
Sedap tidak belakang kira. Dah la mahal kan... pasrah ajer la...ku telan je la labu!
Lepas isi perut, jalan2 kat kawasan berhampiran.
Mengharap jugak la jumpa benda2 yang dicari.
Tapi seperti yang dijangka, tak ada yg berkenan dihati dan jugak dipoket :p
Cuma yg best, Ammal jumpa kedai Laduree.
Asik dengar cerita orang je, Ammal nak jugak merasa.
Harga seketul macaron €2.
Kalau convert, Ammal pengsan! hahaha
Memandangkan poket yang tak berapa nak berkemampuan, Ammal beli la 2 ketoi!
French vanilla & pistachio!
Husband Ammal geleng kepala je tengok wife dia ni hah!
Subhanallah! Sedap tok sah cakap la.
Patut la sakan orang bercerita.
Ikutkan nafsu, memang Ammal beli lagi.
Tapi nak makan benda sekecik tu, dengan harga gitu, Ammal pikir banyak kali jugak la.
The famous Laduree
Tu jenis2 yg ada...
Alhamdulillah... berkat kesabaran menahan nafsu tu, Allah bagi rezeki.
Dalam flight, depa kasi lagi 2 ketul.
Walaupun bukan Laduree, tetap sedappp...
Puas rasa hati time tu...hehehe
CDG ke AMS tak jauh.
Tak sempat nak panas pun seat tu kitorang duduk.
Sampai kat Amsterdam, tengok cuaca kat luar macam nak hujan.
Manjang hujan ke kat Amsterdam ni ye?
Transit kat Schipol hampir 5 jam, kitorang ronda puas2 setiap ceruk airport tu.
Perut lapor, jumpa pulak Hot Wox masakan Thai.
Ada set shrimp (nasi & sayur), maka itu la jadi pilihan.
Makan macam orang kebulur...hahaha
Comel sungguh haih tukang masaknya.
Ada 4 pilihan sauce.
Itu harganya
Sayur goreng kat situ!
Entry pasal airport Schipol, ada kat sini.. amsterdam-schiphol-airport
5 jam kat Schipol ni, tak rasa apa.
Cam cepat je masa berlalu.
Sampai masa boarding, tengok orang ramai sungguh.
Patut la Ammal nak upgrade tak dapat.
Apa pun, Alhamdulillah...
Selamat sampai KL 29 November 2015 lebih kurang pukul 15.30 petang.
Insya-Allah ada rezeki, kita jenjalan lagi.
Annyeong!
No comments:
Post a Comment