Showing posts with label Malaga. Show all posts
Showing posts with label Malaga. Show all posts

Sunday, 27 December 2015

Malaga Spain, last day.

Meh sambung... last entry for Spain... hehehe
 
27 November 2015, Jumaat...
Pagi tu, habiskan semua barang2 basah.
Lepas tu, start packing...
Tak ada plan dan aktiviti apa pun. 
Dalam pukul 11 pagi kot, tak silap Ammal, kitorang gerak ke bandar Malaga cari masjid untuk solat Jumaat.
Gambar masjid Ammal tak ambik sebab parking berdekatan tak ada.
Husband dan anak2 pie solat, Ammal bantai tido dalam kereta...hahaha
Lepas solat, terus balik ke Benalmadena.
Singgah kejap kat Carrefour nak cari chocolate Ovomaltine yg pernah Ammal tengok kat FB Rizalman... tapi nan hado! :(
Ooo... kat Spain ni, daging oink2 memang merata.
Masuk Carrefour tu, bau tok sah cakap la.
Sebaik sejuk kan... jadi idok ler teruk benor baunya.
Tak caya, tengok gambar yg Ammal tepek kat bawah nun... fensannn...
 
Breakfast

Nampak tak apa yang bergantungan?
 
Sampai hotel, kitorang decide ronda2 kat pantai.
Dah nak balik, pantai tak habis ronda pun...
Anak2 Ammal yg pantang tengok air ni, apa lagi... terus sinsing kaki seluar & lengan baju main di gigi air.
Air laut dia jernih... tapi apakan daya.
Tak mampu ler nak mandi.
Kot rasa2 nak kena frostbite, boleh la...hahaha
 
 
Tuan punya blog, lepas gian dengan air laut. Rendam tangan pun jadi laaa...
 
Malamnya makan Brahims je.
Mood nak balik dah mai, duduk ler kat balkoni puas2 sambil layan perasaan...
 
28 November 2015, Sabtu flight Ammal 9.35 pagi.
Jadi lepas Subuh, terus check-out.
Tempat return kereta sewa kat Malaga airport boleh tahan jauh.
Sejuk sungguh la nak berjalan mencari terminal.
Winter jacket dah masuk luggage. Cuma pakai sweater biasa. Keras kejung rasa semua jari.
Flight balik kali ni, 9.35 AGP - 12.15 Paris (CDG).
14.40 CDG - 15.55 AMS dan 20.45 AMS - 15.40 (29 Nov) KUL

Malaga Airport di subuh hari
 
Bubbye Malaga 
 
Sampai kat Paris Ammal lupa pukul berapa.
Alhamdulillah, tak ada la yg menakutkan jadi kat airport.
Ye la... time Ammal travel tu kan baru je lepas kes letupan kat Paris.
Tapi perasan la jugak ada yg pandang2 Ammal yg bertudung ni semacam.
Tawakal aje la.
Sampai kat CDG, terus cari makan.
Kitorang dah kebulur...
Jadinya decide makan croissant & pasta salad.
Jadi la buat lapik perut...
Sedap tidak belakang kira. Dah la mahal kan... pasrah ajer la...ku telan je la labu!
 

 
 
Lepas isi perut, jalan2 kat kawasan berhampiran.
Mengharap jugak la jumpa benda2 yang dicari.
Tapi seperti yang dijangka, tak ada yg berkenan dihati dan jugak dipoket :p
Cuma yg best, Ammal jumpa kedai Laduree.
Asik dengar cerita orang je, Ammal nak jugak merasa.
Harga seketul macaron €2.
Kalau convert, Ammal pengsan! hahaha
Memandangkan poket yang tak berapa nak berkemampuan, Ammal beli la 2 ketoi!
French vanilla & pistachio!
Husband Ammal geleng kepala je tengok wife dia ni hah!
 
Subhanallah! Sedap tok sah cakap la.
Patut la sakan orang bercerita.
Ikutkan nafsu, memang Ammal beli lagi.
Tapi nak makan benda sekecik tu, dengan harga gitu, Ammal pikir banyak kali jugak la.
  
The famous Laduree

Tu jenis2 yg ada...

Alhamdulillah... berkat kesabaran menahan nafsu tu, Allah bagi rezeki.
Dalam flight, depa kasi lagi 2 ketul.
Walaupun bukan Laduree, tetap sedappp...
Puas rasa hati time tu...hehehe
CDG ke AMS tak jauh.
Tak sempat nak panas pun seat tu kitorang duduk.


Sampai kat Amsterdam, tengok cuaca kat luar macam nak hujan.
Manjang hujan ke kat Amsterdam ni ye?
Transit kat Schipol hampir 5 jam, kitorang ronda puas2 setiap ceruk airport tu.
Perut lapor, jumpa pulak Hot Wox masakan Thai.
Ada set shrimp (nasi & sayur), maka itu la jadi pilihan.
Makan macam orang kebulur...hahaha

Comel sungguh haih tukang masaknya.

Ada 4 pilihan sauce.

Itu harganya

Sayur goreng kat situ!
 
Entry pasal airport Schipol, ada kat sini.. amsterdam-schiphol-airport
5 jam kat Schipol ni, tak rasa apa.
Cam cepat je masa berlalu.
Sampai masa boarding, tengok orang ramai sungguh.
Patut la Ammal nak upgrade tak dapat.
Apa pun, Alhamdulillah...
Selamat sampai KL 29 November 2015 lebih kurang pukul 15.30 petang.
Insya-Allah ada rezeki, kita jenjalan lagi.
 
 
Annyeong!

Monday, 30 November 2015

Gibralfaro & El Palo, Malaga Spain

Morninggg...
Dah pukul 11 pagi baru bangun.
Esok nak keje, cane ni... huhuhu
Tengah rajin nak bercerita, jadi meh kita sambung.

Malaga ni salah satu wilayah (province) di rantau (region) Andalucía.
Selain wilayah Malaga, ada Almeria, Cadiz, Cordoba, Granada, Huelva, Jaen & Seville.
Kalau di Malaysia panggil negeri kan.
Tapi di sini, dipanggil wilayah.
Kalau nak tau lagi detail pasal province, region semua tu, korang Google la ye.
Ammal pun pening nak fahamkan.

Sampai je airport, sebab kapal kecik kan, kena stop jauh sket dari aiport gate & kitorang kena naik bas macam kat Madrid Aiport gak.
Ikut pembacaan, Malaga Airport ni, antara yang sibuk dan ramai orang.
Tapi bila kitorang sampai... ek ehh.. sunyi sepi.
Owhh... ok winter!
Orang-orang tua je yg ramai datang sini bila winter... hahaha...sades...

Luas

Ada 2 je kapal yg mendarat time tu

Seperti biasa, kitorang sewa kereta..
Mahal sungguh la rate kat Europe ni.
Actually ada la dapat rate murah ikut website yang pernah Ammal share kat entry sewa kereta .
Tapi bila baca review, company tu banyak kes la pulak.
Terus cancel.
Gedebak gedebuk, kitorang decide untuk pilih Hertz.
Untuk sebuah kereta mini, sewa selama seminggu RM1600!  RM610 (Sorry. Ammal lupa ada dapat discount! hehehe)
Pengsan!!
Kalau kat US, boleh dapat kereta mewah untuk sewa 2-3 minggu! seminggu!
Nak cari booth car rental, ikut je signboard & signage yg ada...


Cinta!!

Alhamdulillah, rezeki kitorang... sebab customer tak ramai, staff Hertz; Miguel (pronounce as Migel) kasi free upgrade.
Dapat la kereta mewah! Insurance kereta sangat digalakkan ambil, Miguel kata.
Jadi kena la keluarkan € lagi!

Penginapan yang dapat discount tu, kitorang pilih Sunset Beach Club di Benalmadena.
Dalam 20 minit drive dari airport.
Camana boleh dapat discount tu, kita cerita lain la ye.

Meneruskan perjalanan ke Benalmadena

Cam biasa perangai Ammal mesti nak beremel-emel kannn...
Jadinya selepas beremel dengan pihak hotel, kitorang upgrade ke Junior Suite.
Dapat free wifi, bilik besar sket dari standard room etc...
Kos penginapan selepas discount & upgrade dalam RM1500 +/-
Kitorang jimat RM1000 +/-
Dengan harga asal, idok ler Ammal mampu nak ke benua ni.
Tu sebab banyak kali plan ke Europe terpaksa cancel.
Tiap kali lepas buat budget, kitorang rasa tak mampu nak bercuti satu family.


Lepas check in, dah hampir malam walaupun baru pukul 5 lebih.
Masuk bilik, tengok semua lengkap.
Siap ada dapur mini.
Memandangkan badan dah penat, jadi kita rehat & masak Brahims ajer le.

Gambar terbalik, Ammal malas nak edit, jadi sila adjust kepala sendirik! hahaha

Pagi esoknya, 22 November, lepas Subuh terus tunggu sunrise.
Subuh masuk dalam pukul 6.11 pagi dan syuruknya dalam pukul 8.
Lama kan..
Sunrise cantik sungguh la.
Berlambak2 gambar sunrise & sunset dalam camera Ammal tau.

Dari balkoni

Untuk pengetahuan you all, penginapan di Benalmadena ni, diorang siap2 letak berapa bintang kat bangunan masing2.
Sunset Beach Club ni, 4 bintang.
Macam2 aktiviti & kemudahan ada. Puas hati la kiranya.

Antara aktiviti yang ada

Ikut itineraries, hari ni kita ke Gibralfaro & Alcazaba.
FOC selepas pukul 2 katanya.
Jadi pagi tu, relaks aje la.
Dalam pukul 1 centu, kitorang gerak.
Sampai kat city, terkejut tak yah cakap la.
Kecik giler jalan dia.
Patut la kereta sewa, walaupun kategori kereta mewah pun comel2 je semua.

 
Disebabkan nak mencari parking kat sini, susah nak mampos, jadinya plan ke Alcazaba kitorang cancel.
Nak masuk parking dah la kena turun bukit, pastu tak de kosong la pulak.
Dua kali mengundur bukit curam, driver tak fed-up, co pilot yang lebih sentap!
Lupa pulak Ammal nak ambik gambar situasi masa tu.
Lepas tu, terus cari Gibralfaro.
Apa sejarahnya, sila baca sendiri...
Alhamdulillah, parking kat Gibralfaro lebih senang.
Walaupun kat atas bukit, ada je tempat kosong.
 
View dari parking
 
Confirm free selepas pukul 2!

Ni fees nya

Details lain semua ada tampal tu

View dari atas Gibralfaro

Syiok kan kalo ada rumah kat atas ni


Sacry bila jenguk ke bawah

Sila panjat tangga ni untuk dapat view yang lawa tadi

Dan malangnyaaa...
 
Kalo sanggup, sila la guna tangga ni untuk ke Alcazaba.
  
Puas bergambar kat atas tu, kitorang pie ke El Palo beach.
Kat sini la orang kata nak carik sardine bakar!
Sampai2, sekali tengok banyak yg dah tutup kedai.
Salah Ammal tak check waktu buka & tutupnya!
Sebaik jumpa satu, El Tentiro yg masih kemas2 dan nak terima pelanggan lagi...


Sardin bakar €6
 
Sotong goreng tepung €8

Ikan kod €6 

Gerai2 yang masih berasap arang2nya
 
Nak melantak macam kat Malaysia, memang carik nahas la kan!
Satu pinggan kecik tu dah dekat RM30
Jadinya, merasa buat syarat je la.
Memang fresh seafoodnya. Cuma agak masin bagi kitorang.
Dah abes makan, bila nak bayar, dapat discount lagi... Alhamdulillah.
Pastu kitorang pusing2 sket kat kawasan tu.
Gerai2 yg dah tutup kat situ, masih berasap lagi arang tempat bakar ikannya.
Puas pusing, terus balik hotel & masak Brahims la apa lagi....
Next entry, Insya-Allah malam karang ke... tengok kerajinan! hehehe
 
 
Annyeong!


Jenguk-jenguk Benua Eropah - unplanned trip

Gambar dari mana ye? Lupa pulak! Maaf ye tuan punya gambar!
 
Ecehhh... Jenguk-jenguk konon!
Tajuk tak boleh blah!! hahaha
I was in Europe last few days.
Lebih tepat, di Andalucía, Spain.
1st time sampai ni!
Tapi tak lama pun...kejap je; 21-29 November 2015.
Beza masa Spain dengan Malaysia cuma 7 jam je lebih kurang.

Flight Ammal dari KUL-Amsterdam (AMS), Friday 20 November 2015, 23.55
Seperti biasa, masih bekerja pada siangnya.
Lepas keje, berkejar balik rumah.
Husband decide utk drive sendiri ke KLIA
Sebaik laaa drive sendiri. Kalo takkk... mau tertinggal flight kot.
Jalan jam tahap gaban Jumaat malam tu.
Konon bertolak awal, nak ronda2 dalam KLIA sebab dah bertahun jadi traveller, tak pernahnya habis ronda...
Tapi dah jalan jam, kirim salam je la dengan plan tu.
Boleh pulak, boarding pun awal. Kelam kabut la kitorang cari makan malam.
Pengabih telan croissant kat Delifrance je.
Itu je yg paling dekat dengan gate.

Seperti biasa, beberapa hari sebelum terbang, dah call utk Muslims meal.
Ammal terbang dengan KLM kali ni.
Katanya KLM semua makanannya dah halal.
Kalo dia tipu, maka... tertipu la Ammal...ishh... Nauzubillah!
Ni la yg kitorang dapat masa dalam flight.
 
For supper
 
For breakfast - anak punya
 
For breakfast - Ammal punya

Dan dpt mini goodie bag jugak.

Ada earphone, set berus gigi & penutup mata & telinga

Bagus KLM ni. Tak kedekut.
Seat je la, Ammal rasa kecik sket dari JAL.
Mungkin berbeza ikut kapal terbang kot.
Entah la. Tak kuasa la Ammal nak menelaah.
Yang penting dapat tiket murah...hehehe

Dlm flight Ammal tak berapa nak boleh tidur.
Dalam 2.30 pagi (waktu Malaysia) baru terlelap, pukul 6.30 dah bangun.
Layan movie & cartoon je laaa...

Sampai di Amsterdam Airport Schipol lebih kurang pukul 5.43 pagi 21 November 2015 untuk transit selama 3 jam 45 minit lebih kurang.
Awal dari jangkaan. Cuaca kat luar 2 degree, pilot kata!
Keluar je perut kapal... Wahhh... rindunya dengan udara sejuk.
Hujan lak tu!
Walaupun hakikatnya, kulit Ammal akan teruk mengelupas kena angin winter, tapi tetap rindu ngan udara sejuk gitu.
Bersih je rasa...

Settle immigration, terus gerak cari meditation centre untuk solat Subuh.
Ramai yg puji pasal airport Schiphol ni.
Nanti Ammal buat satu entry khas pasal Airport ni ye...
Flight dari AMS ke Madrid (MAD) pulak, 9.45 pagi.
Seperti biasa... nak tiket murah punya pasal, transit banyak kali pun rela!!

 
Dapat la tengok rupa Madrid dari jauh... buat syarat...huhuu
 
Sampai Madrid Barajas Airport, tunggu lagi dalam 2 jam setengah untuk flight MAD-Malaga (AGP) pukul 2:35 petang.
Alhamdulillah, selamat mendarat di Malaga pukul 4.05 petang.
Perjalanan dari Madrid ke Malaga tak jauh sebenarnya... jadi sebab tu la kot kitorang dapat kapal kecik yg jenis ada kipas kiri kanan tu.
  
Tu hah kapalnya... angin kuat giler masa ni!

Ni 2nd time Ammal naik kapal jenis gini.
1st time masa pie Tioman.
Huisshhh... gegor badan jantung semua la.
Dasar penakut kan! hahaha

Ok... pasal MALAGA?
Korang pernah dengar nama bandar ni?
Ammal tak pernah! hahaha
Tak pernah masuk dalam travel list pon nak ke Spain!
Ini kan pulak nak tau nama bandar2nya...
Tapi dah nama rezeki kan... Ammal dapat diskaun untuk penginapan.
Actually, diskaun tu bagi banyak option nak ke negara mana.
Malaga ni jadi pilihan sebab dapat flight ticket murah.
Husband kata jom! Ammal pening sebab pitih tak do banyak!
Setelah ditimbang tara, tanya pendapat kawan2 dalam FB, tanya geng2 travel, jadi la trip 'Jenguk-jenguk Benua Eropah' ni.
Tapiii.. sementara nak buat keputusan tu, naik gak la RM200 seorang harga tiket kapal terbang.

Apapun, sampai jugak la!
Dengan exchange rate yg mencanak2 naik, pasrah...
Trip ni diharapkan dapat membantu Ammal & husband untuk buat keputusan for our next travel destination.
Tengok camana penerimaan anak2 dengan travel trip yg kurang aktiviti bersuka-ria, tetapi lebih kepada sceneries & histories...
Spain ni memang kaya dengan sejarah2 Islam tau.
Cumanya, Ammal ni kureng sket bab2 sejarah ni.
Mengantuk jerr bila baca...hehehe.
Tu sebab tak pernahnya masuk museum sejarah sepanjang Ammal travel...
Ok... tunggu entry seterusnya.
Owhh... lupa pulak. Jumlah jam penerbangan sekali ngan transit ialah 26 jam +/-.
Dapat la jimat dalam RM800 seorang.



Till then, annyeong!