Friday, 21 November 2014

Travelling without travel agent (on your own)!

This is how it looks like!!

Documents etc., as thick as file in the office
 
If you think you can handle it, good for you!
Maybe later, you can join me for the next adventure!
;) wink! wink!
 
The countdown begin!
 
Annyeong!
 
 





Monday, 10 November 2014

Ke'busy'an melanda!


 
Lama Ammal tak update ye...
Ammal busy sekarang ni. Busy for my coming vacation...
Buat semua sendiri, gini la.
Kena check semua booking, update online check in, print vouchers etc.
Nanti Ammal sambung tips for travel preparation ye.
Kalau ada yang menunggu, minta ampun, minta maaf...
Insya-Allah, panjang umur, murah rezeki, ada wi-fi, Ammal buat live update.
Till then, jaga diri semua... jaga solat & sayangi diri serta keluarga!
 
Annyeong!

Friday, 31 October 2014

Persediaan melancong 7 - Kereta sewa

Rasa cam tak banyak nak share pasal ni…
Ammal cuma nak share satu website yang Ammal guna jer…
Korang boleh try cari kereta sewa melalui web ni… http://www.economycarrentals.com/
Walau nak ke negara mana sekali pun... boleh ajer!
Lebih murah dari korang ambil direct dari Hertz, Avis etc…
Nah.. cer tengok perbezaan kedua-duanya.
Kita tengok kereta Yaris ye…
Ammal test untuk sewa seminggu di Australia tapi tak ingat ke mana...hehehe

1AUD=3.012

AUD201.01 = RM605.44 per week kalau booking melalui website Hertz.
Tapi kalau booking melalui website yang Ammal bagi cuma RM519.72.
Korang boleh jimat RM85.72
Kalau rasa tak jimat mana duit banyak tu, sila hentikan pembacaan sekarang jugak sebab itu tandanya korang memang banyak duit :P




Korang jangan la risau kot dapat kereta cokia, buruk dan sebagainya dengan rate yang murah gitu.
Negara luar tak der buat perangai macam kita sewa kereta kat Langkawi...huhuhu
Bila time nak ambil kereta nanti, silap-silap korang ke kaunter Hertz jugak… tak pun kaunter-kaunter kereta yang lain, yang ada nama.

Ammal dah guna website ni dua kali travel… tapi banyak transaction dan berbeza tempat la.
Sebab apa banyak transaction?
Sebab Ammal nak jimat duit.
Bila rasa tempat Ammal nak pergi tu, hotel tak provide free shuttle baru Ammal sewa kereta…hehehe

Ooo alang-alang dah sebut free shuttle…
Kata la korang ke Tokyo. Dan dalam itineraries ada nak ke Tokyo Disneyland.
Sebelum booking hotel tu, check la dulu. Mana la tau kot-kot ada disediakan free shuttle nak ke sana.
Dapat la jimat duit kan?!
Cumanya kalau free shuttle ni, kurang la kebebasan.
Korang kena tunggu shuttle ikut jadual2 yang telah hotel tetapkan…

Melalui website ni, kereta yang kita sewa selalunya with unlimited mileage.
Untuk gps & child seat dia ada perkiraan lain.
Tapi tetapppp la murah.
Child seat adalah WAJIB ye untuk kanak-kanak bila di luar negara!
Kena saman kalu, sendirik tanggung!
 
Bila dah confirm semua nanti, ada fine print kena la baca.
JANGAN MALAS!
Depa tak mintak full payment.
Deposit cuma 10% kalau tak silap Ammal.
Nak mofidy booking senang, nak cancel pun tak banyak cekadak!
 
Nak drive di luar negara tak semestinya kena ada International Driving Permit.
Kalau lesen memandu M'sia selalunya lepas aje.
Sebab yang penting, kena ada gambar & English wording; 'Malaysian Driving Licence'.
Melalui website ni juga, bila kita ambil dan pulang tempat berbeza semua dia dah kira siap-siap!
No extra & hidden charges!
 
Harga minyak sesebuah negara pula berbeza ikut tempat. Bukan setakat ikut negeri...
Kalau rajin, boleh la survey dulu sebelum pergi.
Ammal tak rajin untuk part ni!
Kalau malas, nak tau murah tidak, tengok la berapa banyak kereta yang beratur kat stesyen tu...hahaha
Selain dari tu, kena la check jalan, undang-undang kat sana & toll diorang.
 
In case korang tak suka nak drive dan tak berani sebagainya, naik ajer la public transport.
Cumanya macam M'sia jugak la...
Tak semua tempat public transport diorang efficient.
Jadi nak tak nak, kena la drive.
Ok?!
Itu ajer untuk kali ni!
 
 
Annyeong!


Monday, 20 October 2014

Cruise

 

Sapa suka naik cruise angkat tangan?
Sapa yang tak pernah lagi, kalau rasa nak bersantai-santai memang Ammal recommend untuk cuba.
Kalau nak harga best, boleh cari masa MATTA Fair.
Ammal pun baru sekali je naik... tu pun lamaaaaaa dulu...
Tapi pengalaman tu tetap terpahat dalam ingatan sampai la ni!
Insya-Allah... kalau ada rezeki, nak jugak naik lagi ;)

Cruise ni ada banyak company.
Ada Star Cruise, Royal Carribean, Norwegian & etc.
Dan setiap company ada beberapa jenis kapal.
Jenis bilik dia pun ada macam-macam.
Actually term yg betul bukan bilik tapi cabin!
 
Kalau macam Star Cruise Gemini yang Ammal naik, yang paling murah, depa panggil inside state room.
Bilik ni kat tengah2 kapal. Tak ada view. Bukak pintu terus nampak katil...


Kalau nak up sket, boleh ambik yang ada porthole view.

 
Nak yang view luas, boleh ambik yg ada tingkap.

Atau yang ada balkoni.

 
 Dann... yang paling best mesti la suite kan...
 
Semua photo credit to :http://www.starcruises.com
 

Setiap bilik dilengkap dengan bilik mandi & tandas, fridge & tv.

Ada yang tanya... tak mabuk laut ke?
Buat diri Ammal, Alhamdulillah memang tak mabuk... jadi tak berani nak comment banyak.
Ammal tak pulak rasa melambung atau berayun kapal tu.
Nyenyak je Ammal tido dulu.

Setiap hari pelayaran, kita dihidangkan dengan 6 kali makan... free ok!
Breakfast, morning tea break, lunch, afternoon tea break, dinner & supper!
Haaa dasatkan... confirm korang naik berat badan punya!
Ammal ambik 5 days 4 nights nyer package, 5 kg berat Ammal naik...hahaha
Ada satu malam yang diorang khaskan untuk Grand Dinner.
Kalau nak join, korang kena la bawak baju yg ala2 nak gi dinner. Baju formal!
Pakaian sempoi, tak dibenarkan masuk.
Apa yang menarik malam tu?
Malam tu la nanti korang boleh tengok & jumpa captain kapalnya...
 
Dah makan banyak, kalau rajin boleh ajer kalau nak ke gym.
Dalam kapal tu bukan setakat gym, sauna, swimming pool, disko, casino, karaoke semua ada.
Dan restaurantnya pun ada beberapa buah tau!
Dah ada casino, jangan korang bantai berjudi pulak ye!
Casino tu memang la open utk semua.
Masuk je laluan antarabangsa, depa terus buat announcement kata casino dah bukak.
Tak ada notis kata muslim tak boleh masuk macam kat Genting.
Jadi, jangan nak cari dosa ye...
 
Cruise ni bukan setakat banyak facilities tapi banyak aktiviti jugak.
Setiap malam, diorang akan letak dalam bilik jadual aktiviti untuk keesokan hari.
Full dari pagi sampai tengah malam.
Ada games, show, belajar menari dan ada aktiviti shopping jugak...hehehe
Kalau rasa nak join, join je. Tak yah malu, tak yah segan.
 
Dan bila sampai di port of call, korang boleh la turun merayau...
Kalau rasa nak ambik package, diorang ada provide jugak. Tapi idok ler free...
 
Yang paling Ammal suka masa naik cruise dulu, diorang pasang music Kenny G sepanjang masa. Perasan tu terbuai-buai je... dari celik mata sampai la masa nak pejam...ahak ahak

Ni Ammal share gambar sunset dari album Ammal. Lawakan view dia...
 
 
 
Ok... itu ajer yang Ammal nak share.
 
 
Annyeong!
 



Saturday, 18 October 2014

Persediaan melancong 6 - Penginapan

Macam yang Ammal bagitau sebelum ni dalam Tips Budget, Ammal lebih suka listkan semua hotel yang ‘sedap’ di mata terlebih dahulu.
Pastu survey harga & baca review….
Ciri-ciri hotel pilihan Ammal kena ada:
-       lif
-       self service laundry
-       free breakfast
-       airport transfer
-       dan yang paling penting NO PETS ALLOWED
 
Walau macamana best pun botel tu, semurah mana pun offer yang Ammal boleh dapat, kalau tulis dalam website tu, PET FRIENDLY,  PETS ARE WELCOME atau PETS ALLOWED, memang Ammal slash awal.
Tak mampu Ammal bayangkan, Ammal tidor atas katil yg ‘deme’ tido sama… arkkk.. pengsan!
Dan kalau dalam itineraries Ammal, ada nak ke theme park, Ammal akan pastikan hotel tu ada provide free shuttle.
Boleh la jimat kos pengangkutan kan?!
 
Kat mana Ammal carik hotel-hotel tu semua? MERATA!!
Kalau ke Bandung, Ammal suka guna Agoda.
Kenapa ke Bandung, tak ke tempat lain jugak?
Sebab dah pernah test, offer diorang tak best :P
Dan shopping kain kat Bandung super duper best pada Ammal.
Kalau setakat travel di Asia Tenggara ni, Insya-Allah memang boleh dapat offer murah di Agoda.
Luar dari Asia Tenggara, lupakan ajer.
Kalau lain-lain negara, Ammal akan tanya boyfriend Google, check kat Tripadvisor & juga kat Expedia.
Kadang tu Ammal buat kerja gila, Ammal search kat Google Map setiap satu hotel yang ada dalam map tu… hahaha…
Bukannya apa… Senang nak check public transport dan tengok kawasan persekitaran hotel tu camana.
Boleh buat sekali harung! Hehehe...

Berapa bilik nak reserve, depend  ke negara mana yg korang akan pergi.
Ada sesetengah negara, untuk penginapan budak 12 tahun dah dikira dewasa.
Ada pulak yang kira 18 tahun ke bawah masih kanak-kanak.
Kena check jugak info ni betul-betul sebelum korang buat budget!
Besar beza belanjanya nanti kalau tak check!!
 
Kalau ke oversea, Ammal tak kisah pun duduk hotel 'kurang bintang'.
Korang jangan ingat hotel-hotel kat oversea yang 'kurang bintang' tu sama dengan hotel yang 'kurang bintang' kat Malaysia ni ye.
Jauhhhh sangat beza.
Hotel 'kurang bintang' kat oversea, tilam bantal semua empuk macam hotel 4/5 bintang kat Malaysia.
Ada free wi-fi, free flow coffee & tea & segala macam tok nenek yang free.
Dan hotel deme tak hapak macam hotel 'kurang bintang' kat Malaysia ni.
Bukan nak kutuk tapi kenyataan atas pengalaman sendiri…
 
Antara hotel yg bukan 4/5 bintang
 
Siap bagi free Hershey's Kisses lagi!
 
Ni buffet counter kat hotel yang 'kurang bintang'
 
Pinggan sudu semua disposable..hihihi
 

Selain hotel, Ammal suka stay kat apartment jugak.
Boleh jimat belanja makan sebab boleh masak.
Baju pun tak yah nak pack banyak sebab selalunya Ammal pilih yg ada washer ngan dryer.
 
Ammal pernah bagitau, Ammal dapat offer hotel 4/5 star dengan harga yang murah kan?
Camana Ammal dapat?
Selalunya boleh dapat kalau hotel tu berdekatan dengan theme park.
Kena la pandai cari website yang offer free information pasal theme park yang korang nak pergi tu.
Dekat website tu la nanti korang akan dapat link ke hotel-hotel tu.
Kalau tak ada link, diorang akan bagi special code.

Berapa Ammal pernah dapat jimat ikut cara tu?
Utk seminggu, Ammal dapat jimat seribu lebih! Hah! Terkezut? Banyak kan?!
Tu sebab la kena rajin buat research.
Yang kureng sket masa tu cuma hotel tu tak bagi free wifi.
Diorang cuma provide free internet access kat computer yg diorang sediakan kat lobby.
Tapi semua ciri-ciri lain memang memenuhi kriteria.
Dah la 4/5 star, kalau tak ambik memang terasa rugi sebabbbb total yang Ammal bayar, sama je kalau Ammal ambik hotel 2 atau 3 star…

Actually ada cara lain untuk jimatkan kos penginapan ni.
Tapiii... nanti la. Sebab tu dah masuk kategori lain.
Dan tak semua orang minat...
Kategori lain, citer lain ok?!?
 
Owhh.. sebelum Ammal lupa...

Untuk yang nak travel dengan anak-anak kecik, Ammal nasihatkan, cari la penginapan yang dekat dengan farmasi/ klinik/ hospital.
Kalau tak nak pun, sebelum travel, check dulu farmasi/ klinik/ hospital yang berdekatan.
Bukan mintak yang tak elok, cuma sebagai preparation.
Perasaan diduga anak sakit demam di negara sendiri dan di negara orang, sangat berbeza...

 
 
Annyeong

Wednesday, 15 October 2014

Takwim persekolahan 2015

Setelah berhari-hari Ammal menunggu, akhirnya keluar jugak...
Now it's easier for me to plan my next holiday...wink.. wink...

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/takwim%20penggal%20persekolahan%20tahun%202015%20Final.pdf

Jom! Sapa nak ikut?! hihihi

Annyeong

Tuesday, 14 October 2014

MAS deals to Australia

Wanna go to Australia?
Check this deal.
You can even get as low as RM1500 nett return ticket to Melbourne!
Normal return ticket selalunya RM2500++

http://www.malaysiaairlines.com/my/en/discover/australasia/australia.html

Booking period : 13 October 2014 - 3 November 2014

Travel period : 16 October 204 - 31 August 2015