Sapa suka naik cruise angkat tangan?
Sapa yang tak pernah lagi, kalau rasa nak bersantai-santai memang Ammal recommend untuk cuba.
Kalau nak harga best, boleh cari masa MATTA Fair.
Ammal pun baru sekali je naik... tu pun lamaaaaaa dulu...
Tapi pengalaman tu tetap terpahat dalam ingatan sampai la ni!
Insya-Allah... kalau ada rezeki, nak jugak naik lagi ;)
Cruise ni ada banyak company.
Ada Star Cruise, Royal Carribean, Norwegian & etc.
Dan setiap company ada beberapa jenis kapal.
Jenis bilik dia pun ada macam-macam.
Actually term yg betul bukan bilik tapi cabin!
Kalau macam Star Cruise Gemini yang Ammal naik, yang paling murah, depa panggil inside state room.
Bilik ni kat tengah2 kapal. Tak ada view. Bukak pintu terus nampak katil...
Kalau nak up sket, boleh ambik yang ada porthole view.
Nak yang view luas, boleh ambik yg ada tingkap.
Atau yang ada balkoni.
Semua photo credit to :http://www.starcruises.com
Setiap bilik dilengkap dengan bilik mandi & tandas, fridge & tv.
Ada yang tanya... tak mabuk laut ke?
Buat diri Ammal, Alhamdulillah memang tak mabuk... jadi tak berani nak comment banyak.
Ammal tak pulak rasa melambung atau berayun kapal tu.
Nyenyak je Ammal tido dulu.
Setiap hari pelayaran, kita dihidangkan dengan 6 kali makan... free ok!
Breakfast, morning tea break, lunch, afternoon tea break, dinner & supper!
Haaa dasatkan... confirm korang naik berat badan punya!
Ammal ambik 5 days 4 nights nyer package, 5 kg berat Ammal naik...hahaha
Ada satu malam yang diorang khaskan untuk Grand Dinner.
Kalau nak join, korang kena la bawak baju yg ala2 nak gi dinner. Baju formal!
Pakaian sempoi, tak dibenarkan masuk.
Apa yang menarik malam tu?
Malam tu la nanti korang boleh tengok & jumpa captain kapalnya...
Dah makan banyak, kalau rajin boleh ajer kalau nak ke gym.
Dalam kapal tu bukan setakat gym, sauna, swimming pool, disko, casino, karaoke semua ada.
Dan restaurantnya pun ada beberapa buah tau!
Dah ada casino, jangan korang bantai berjudi pulak ye!
Casino tu memang la open utk semua.
Masuk je laluan antarabangsa, depa terus buat announcement kata casino dah bukak.
Tak ada notis kata muslim tak boleh masuk macam kat Genting.
Jadi, jangan nak cari dosa ye...
Cruise ni bukan setakat banyak facilities tapi banyak aktiviti jugak.
Setiap malam, diorang akan letak dalam bilik jadual aktiviti untuk keesokan hari.
Full dari pagi sampai tengah malam.
Ada games, show, belajar menari dan ada aktiviti shopping jugak...hehehe
Kalau rasa nak join, join je. Tak yah malu, tak yah segan.
Dan bila sampai di port of call, korang boleh la turun merayau...
Kalau rasa nak ambik package, diorang ada provide jugak. Tapi idok ler free...
Yang paling Ammal suka masa naik cruise dulu, diorang pasang music Kenny G sepanjang masa. Perasan tu terbuai-buai je... dari celik mata sampai la masa nak pejam...ahak ahak
Ni Ammal share gambar sunset dari album Ammal. Lawakan view dia...
Ok... itu ajer yang Ammal nak share.
Annyeong!
2 comments:
aaaa teringin!
tapi nak kena kumpul duit dulu laaa...
Kumpul jgn tak kumpul... kita ni kan memang tak de keje lain... hihihi
Post a Comment