Macam yang
Ammal bagitau sebelum ni dalam Tips Budget, Ammal lebih suka listkan semua hotel yang
‘sedap’ di mata terlebih dahulu.
Pastu survey
harga & baca review….
Ciri-ciri
hotel pilihan Ammal kena ada:
- lif
- self service laundry
- free breakfast
- airport transfer
-
dan yang
paling penting NO PETS ALLOWED
Walau
macamana best pun botel tu, semurah mana pun offer yang Ammal boleh dapat,
kalau tulis dalam website tu, PET FRIENDLY, PETS ARE WELCOME atau PETS ALLOWED, memang
Ammal slash awal.
Tak
mampu Ammal bayangkan, Ammal tidor atas katil yg ‘deme’ tido sama… arkkk..
pengsan!
Dan
kalau dalam itineraries Ammal, ada nak ke theme park, Ammal akan pastikan hotel
tu ada provide free shuttle.
Boleh la jimat kos pengangkutan kan?!
Kat
mana Ammal carik hotel-hotel tu semua? MERATA!!
Kalau
ke Bandung, Ammal suka guna Agoda.
Kenapa
ke Bandung, tak ke tempat lain jugak?
Sebab
dah pernah test, offer diorang tak best :P
Dan shopping kain kat Bandung super duper best pada Ammal.
Dan shopping kain kat Bandung super duper best pada Ammal.
Kalau setakat travel di Asia Tenggara ni, Insya-Allah memang boleh dapat offer murah di Agoda.
Luar dari Asia Tenggara, lupakan ajer.
Kalau
lain-lain negara, Ammal akan tanya boyfriend Google, check kat Tripadvisor & juga kat Expedia.
Kadang
tu Ammal buat kerja gila, Ammal search kat Google Map setiap satu hotel yang
ada dalam map tu… hahaha…
Bukannya
apa… Senang nak check public transport dan tengok kawasan persekitaran hotel tu
camana.
Boleh
buat sekali harung! Hehehe...
Berapa
bilik nak reserve, depend ke negara mana
yg korang akan pergi.
Ada
sesetengah negara, untuk penginapan budak 12 tahun dah dikira dewasa.
Ada
pulak yang kira 18 tahun ke bawah masih kanak-kanak.
Kena
check jugak info ni betul-betul sebelum korang buat budget!
Besar
beza belanjanya nanti kalau tak check!!
Kalau ke oversea, Ammal tak kisah pun duduk hotel 'kurang bintang'.
Korang jangan ingat hotel-hotel kat oversea yang 'kurang bintang' tu sama dengan hotel yang 'kurang bintang' kat Malaysia ni ye.
Jauhhhh sangat beza.
Hotel 'kurang bintang' kat oversea, tilam bantal semua empuk macam hotel 4/5 bintang kat Malaysia.
Ada free wi-fi, free flow coffee & tea & segala macam tok nenek yang free.
Dan hotel deme tak hapak macam hotel 'kurang bintang' kat Malaysia ni.
Bukan nak kutuk tapi kenyataan atas pengalaman sendiri…
Antara hotel yg bukan 4/5 bintang
Siap bagi free Hershey's Kisses lagi!
Selain
hotel, Ammal suka stay kat apartment jugak.
Boleh
jimat belanja makan sebab boleh masak.
Baju
pun tak yah nak pack banyak sebab selalunya Ammal pilih yg ada washer ngan
dryer.
Ammal
pernah bagitau, Ammal dapat offer hotel 4/5 star dengan harga yang murah kan?
Camana
Ammal dapat?
Selalunya
boleh dapat kalau hotel tu berdekatan dengan theme park.
Kena la
pandai cari website yang offer free information pasal theme park yang korang
nak pergi tu.
Dekat
website tu la nanti korang akan dapat link ke hotel-hotel tu.
Kalau
tak ada link, diorang akan bagi special code.
Berapa
Ammal pernah dapat jimat ikut cara tu?
Utk
seminggu, Ammal dapat jimat seribu lebih! Hah! Terkezut? Banyak kan?!
Tu
sebab la kena rajin buat research.
Yang
kureng sket masa tu cuma hotel tu tak bagi free wifi.
Diorang
cuma provide free internet access kat computer yg diorang sediakan kat lobby.
Tapi
semua ciri-ciri lain memang memenuhi kriteria.
Dah la
4/5 star, kalau tak ambik memang terasa rugi sebabbbb total yang Ammal bayar,
sama je kalau Ammal ambik hotel 2 atau 3 star…
Untuk yang nak travel dengan anak-anak kecik, Ammal nasihatkan, cari la penginapan yang dekat dengan farmasi/ klinik/ hospital.
Kalau tak nak pun, sebelum travel, check dulu farmasi/ klinik/ hospital yang berdekatan.
Bukan mintak yang tak elok, cuma sebagai preparation.
Perasaan diduga anak sakit demam di negara sendiri dan di negara orang, sangat berbeza...
No comments:
Post a Comment