Haaa… bab ni kena betul-betul plan.
Selalunyaaa… bila dah ada tempat tujuan, Ammal akan start buat budget dalam excel.
List down all the expenses; flight tickets, accommodations, attractions, transports, meals etc.
Macam ni haaa…
Budget
untuk accommodations/hotels sebenornya, kalau ikut cara Ammal, Ammal lebih suka listkan
semua hotel yang ‘sedap’ di mata.
Pastu
survey, try test date. Mana yang sesuai ngan poket, Ammal masukkan dalam list.
Kalau hasilnya ada 100 hotel, maka 100 la yang akan Ammal cari dan baca reviewnya…
Pastu baru la Ammal pilih yang betul-betul menepati piawaian…hahaha
Piawaian Ammal tak tinggi… Cuma kalau ada rezeki dapat offer hotel 4-5 star yang murah, memang ler Ammal pilih…hihihi.
Sapa la yang tak nak kan? Bukannya boleh datang selalu…
Ada ke offer hotel 4-5 star yang murah?
ADAAAA… Ammal pernah dapat…hehehe
Kriteria hotel pilihan Ammal, yang penting hotel tu kena la ada lif, self service laundry & free breakfast.
Sebabnyaaa… Ammal tak kosa nak panjat tangga kalo tak de lif.
Baju pun tak suka nak pack banyak2 sebab nanti Ammal nak soping! Ahak ahak…
Jadi hotel tu WAJIB ada laundromart!
Dan free breakfast SANGAT PENTING untuk jimatkan belanja makan untuk anak2 Ammal yang makan ala2 piranha!
Satu meal untuk seorang kat oversea setelah di convert roughly dalam RM30 selalunya!
Kalo tak dapat breakfast, rasa2 boleh rabak tak poket kalau makan 3 kali sehari (breakfast, lunch & dinner) untuk 4 orang… haa… cer kira… cer kira! huhuhu
Budget
untuk flight ticket pun lebih kurang macam tu jugak.
Cuma,
idok ler Ammal beria baca review bagai.Ammal cuma try & test date paling jauh jangka masanya.
Jadikan harga yang dapat tu, sebagai penanda arasnya.
Untuk aktiviti, family Ammal suka buat aktiviti air.
Attractions pulak kena ada theme parks & pusat sains.
Dan buat Ammal & husband, kena la ada tempat shopping yang best jugak.
Jadi Ammal akan listkan semuanya sekali.
Check la satu persatu, entrance fee & tiket utk dewasa dan kanak-kanak yang perlu di bayar.
Kalau rasa mahal sangat atau aktiviti tu tak berbaloi utk kitorang spend duit, kasik slash!
Kot rasa duit ada extra, rasa-rasa nak tambah aktiviti atau attraction, baca & cari la lagi info pasal destinasi tu.
Budget shopping pulak, Ammal akan buat list things to buy.
Compare harga barang-barang tu kat M'sia & harga di destinasi yang bakal dituju.
Pastu agak-agak la berapa nak spend kat sana.
Untuk transports, budget depend kat mode of transport nya.
Kalau
destinasi pilihan tu, public transportnya sangat efficient contoh macam kat Jepun, dan tak memeningkan
kepala, memang itu la yang jadi pilihan.Pastu agak-agak la berapa nak spend kat sana.
Untuk transports, budget depend kat mode of transport nya.
Tapi kalau tak, Ammal lebih suka sewa kereta.
Budget
untuk meals, cam Ammal cakap tadi.
Selalunya
dalam RM30 seorang untuk satu meal.Kira standard price la kalau ke oversea…
Kalau pergi berempat untuk 8 hari & makan 3 kali sehari = RM30 x 4 x 8 x 3
Pada Ammal, budget untuk meals kalau bawak anak2, biar la tinggi.
Takkan nak dicatu makan mereka kan…
Biar terlebih budget jangan sampai tak cukup duit masa kat sana!
Bila buat budget gini, boleh la agak-agak berapa nak simpan duit kan.
Ammal nyer long vacation setiap 2 tahun sekali.
Jadi, Insya-Allah sempat simpan duit ikut budget yang dah dibuat awal-awal.
Kalau korang rasa tips ni berguna, boleh la ikut.
Kalau idok, ignore kan saja...
Ammal hanya share experience Ammal... jadi tak perlu Ammal nak tulis banyak-banyak kali bila ada yang bertanya... ;)
Annyeong!
No comments:
Post a Comment