Buat pengetahuan you all, Ammal mula melancong ke luar negara 13 tahun yang lepas iaitu dalam tahun 2001...
Tapi sepanjang 13 tahun ni, idok ler tiap-tiap tahun Ammal berjalan.
Duit tak banyak mana pun nak travel tiap-tiap tahun…huhuhu
Setakat ni Ammal dah pergi ke 7 1/2 buah negara dan 3 benua.
Dalam 7 1/2 buah negara tu, ada yg Ammal repeat 2-3 kali… samada ke negeri yang sama atau ke negeri yang berlainan.
Kenapa ada setengah tu? Hahaha… Sebab ½ tu Ammal transit.
Transit & bermalam di Brunei dalam perjalanan pergi & balik dari Australia.
Sempat la pusing2 & shopping sket2 kat Brunei tu.
Jadi tak boleh la nak kata Ammal dah pergi negara tu betul2 kan!?!
Jadi tak boleh la nak kata Ammal dah pergi negara tu betul2 kan!?!
Ikut pengalaman Ammal, dalam 7 buah negara yang Ammal pernah pergi tu, Customs yang paling strict ialah Australia.
Masa Ammal pergi tahun 2004 dulu, nak bawak Maggie mee pun tak boleh.
Sekarang ni, ikut cerita kawan-kawan, semua makanan yang masih berbungkus & ber'seal', dah boleh bawak masuk.
Tapi susu budak masih tak ada perubahan.
You all cuma boleh bawak masuk, susu yang tinnya masih belum dibuka.
Susu yang dah bancuh dalam flight atau dah siap sukat pun kena buang dan cuci dulu sebelum landing.
Selalunya flight attendant akan bagi reminder.
Sampai kat airport nanti akan ada anjing yang dok hidu beg you all.
Kalau you all degil, bukan setakat makanan & susu tu kena buang dalam tong sampah dek pegawai kat sana, silap-silap kena marah.
Ni Ammal bagi salah satu link Customs negara yang Ammal pernah pergi; Australia…
Kalau nak detail tips ke Australia, tunggu la bebila Ammal free…hehehe
Immigration sesebuah negara selalunya lebih kurang aje.
Apa info nak cari dalam website Immigration?
Kat dalam tu la nanti akan ada detail pasal visa yang you all kena apply.
Berapa harga visa. Apa dokumen yang perlu disediakan.
Ada jugak pasal landing, departure and transit procedure.
Baca la yang mana-mana berkenaan & juga link organisasi lain yang penting.
Macamana system kawalan keselamatan diorang berfungsi kena la baca jugak.
Sebab ada sesetengah tu, bagi yang datang travel bersama anak-anak kecik, akan ada procedure yang sedikit berlainan dari yang travel berseorangan.
Tu.. cer tengok gambar kat bawah tu.
Tu la antara full body scanner yang ada kat sesetengah airport.
Tapi bila travel dengan anak-anak kecik, selalunya kita tak perlu lalu kat scanner ni.
Dan bila you all baca website Immigration nanti, sekurang-kurangnya you all tau... kot kena bukak tali pinggang ke, kasut & stokin sekali ke masa body check.
Yang terkini Ammal dengar & baca, segala peralatan elektronik kena pastikan baterinya masih ada 'power' sebab nanti diorang akan mintak kita 'on' kan peralatan-peralatan tu... fuhhh... jenuhhh...
Tu.. cer tengok gambar kat bawah tu.
Tu la antara full body scanner yang ada kat sesetengah airport.
Tapi bila travel dengan anak-anak kecik, selalunya kita tak perlu lalu kat scanner ni.
Dan bila you all baca website Immigration nanti, sekurang-kurangnya you all tau... kot kena bukak tali pinggang ke, kasut & stokin sekali ke masa body check.
Yang terkini Ammal dengar & baca, segala peralatan elektronik kena pastikan baterinya masih ada 'power' sebab nanti diorang akan mintak kita 'on' kan peralatan-peralatan tu... fuhhh... jenuhhh...
Photo credit to :
inforrm.wordpress.com/2011/07/26/full-body-scanners-and-the-law-of-privacy-a-us-case-patrick-bidder/
Jadi untuk mengelakkan perkara-perkara yang memalukan, Ammal nasihatkan you all check la website customs & immigration negara-negara yang you all nak pergi nanti.
APA? LECEH? BANYAK KERJA?
Kan Ammal dah cakap awal-awal lagi.
Travel sendiri ni memang banyak benda nak kena buat, kena baca, cari, teliti dan kena rajin.
Lagipun nak pergi negara orang kan?! Kena la tahu undang-undang diorang serba sedikit.
Kan orang tua-tua kata, masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang lembu, menguak…
Jangan la nak redah buat macam negara sendiri.
Annyeong
No comments:
Post a Comment