Sunday, 21 September 2014

Makan-makan @ Desaru



Ammal pie Desaru ni lama dah…  15-17 Ogos 2013. Setahun sudah!
Menginap kat Pulai Desaru Beach Resort & Spa
Seperti biasa, niat nak mencuba!
Jadi beli le package hotel masa MATTA Fair ;)
Bila Ammal baca review, dalam banyak-banyak hotel kat Desaru, yang ini la yang terbaik .
Kawasan hotel bersih terjaga. Dan yang pentingggg… tak der cerita2 scary yg Ammal baca dan dengar…hehehe

Dalam masa yg sama masa tu, Ammal niat nak 'menyeberang'.
Ada benda yang perlu dicari kat seberang tambak. Puas dicari, barangnya tak ada di M'sia.
Paling dekat, kena ke seberang.
Jadi kiranya, sambil menyelam, kita minum ayaq la! hehehe

 
Sebahagian rupa paras hotel
 
Dapat bilik kat ground floor
 
Swimming pool yang besar

Cuma kat sini susah nak carik kedai makan.
Sebelum pergi, puas jugak bertanya dengan boyfriend Ammal, Mr. Google.
Akhirnya terjumpa la satu tempat.
Restoran Terapung Seafood Bujang Fire Fly namanya!
Dalam perjalanan nak pergi makan malam tu… mak aiiihhh…
Rasa macam nak suruh husband patah balik jer.
Nak tau sebab apa? Sebab jalan nak ke kedai makan ni, macam trip ghost hunter! Huhuhu
Sepanjang-panjang perjalanan gelap-gelita.
Dengan pokok-pokok getah di kiri kanan jalannya. Dengan tak berlampunya…
Kereta pun tak ada!
Serius Ammal takut giler! Nak ambik gambar jadi bukti pun tak sanggup.
Takut nanti silap-silap, muncul pulak benda lain dalam gambar…huhuhu
Bila sampai pun, masih ada rasa cuak.
Betul ke ni kedai makannya… 

Kat kawasan parking ni baru ler terang sket!
 
Kedainya biasa aje. Macam kat pengkalan untuk bot-bot nelayan.
Nyamuk banyak…
Tapiiii… makanannya sedap & murah.
Berbaloi la kena redah gelap malam kan! Hahaha

Diorang ada menu set sahaja.
Pilih la yang mana suka. Gambar menu, mintak maaf. Tak sempat ambik
Kitorang ambik menu set utk 4 orang.
Masa baca menu, macam sikit je.. biasa la kan... family piranha!
Sekaliiii… hah! Hambek ko!
Terbungkang nak menghabiskan!


Tomyam yg sedap tu, kami sekeluarga surrender!!
Dah tak boleh masuk…
 
Semua licin kecuali tomyam...huhu
 
Disebabkan nyamuk banyak, depa bakar tempat letak telur tu.. apa namanya Ammal tak tau...hehehe
Abes bau asap ler kami satu family.

 
Buat sapa-sapa yang bercuti ke Desaru, kalau tak tau nak makan kat mana, Ammal recommend kedai ni!
Suasana memang tak berapa la... tapi makanan dia sedap! Itu yang penting!

Gini ler rupa restorannya...
 
 
Nama restoran kan Bujang Fire Fly, jadi deme ada la package tengok firefly/kunang-kunang/kelip-kelip!
Masa Ammal nak balik, ada satu family naik bot ramai-ramai...
 
Ni salah satu bot yg ada kat situ.

Ni pulak gambar tokei kedai. Orang Melayu kita.

 
Nak bagi coordinate, dah hilang pulak.
Jadi pandai-pandai you all la ye...
 
Annyeong!

Tuesday, 16 September 2014

Avani Sepang Gold Coast Resort

 
 Main façade Avani 

Pertama kali Ammal menginap di Avani ialah pada 1 Mac 2014 yg lalu.
Pergi pun sebab sesaja nak try.
Tiap kali flight nak landing, kan boleh nampak resort bentuk pokok palma ni kan.
Macam memanggil-manggil je pulak suh datang...
Cari punya cari, akhirnya kitorang dapat offer masa MATTA Fair 2013.
Dapat la jimat dalam seratus lebih.
Puas nego untuk dapat free breakfast, Alhamdulillah berjaya...hihihi
Masa fair tu Ammal beli package Pulau Perhentian.
Husband pulak beli voucher Avani utk 2 hari satu malam.
Adil la kan... hehehe...
 
Bila tiba hari nak pergi masa tu, anak-anak sibuk bertanya arah destinasi.
Dan Ammal seperti biasa suka berahsia even dengan anak-anak.
Bukan la berahsia apa, saja suka buat macam quiz utk diorang.
Biar diorang excited dan dalam masa yang sama tertanya-tanya.
Jadi tak la sepanjang perjalanan tu, diorang menghadap games ajer...
 
Sampai ajer kat Avani, tengok tempat lawa, si kecik terus merengek.
Kenapa semalam aje? Nak la duduk lama-lama...
Dahhh jenuh la pulak nak memujuk.
Tapi memang lawa pun. Aktiviti pun banyak.
Jadiii... Ammal & husband pun setuju untuk datang lagi.
Kitorang pilih tarikh 13-16 September 2014.
Gambar-gambar dalam ni, semua yang terkini.
Yang sebelum ni, banyak gambar yg nampak muka :p
  
Ok, kenapa kitorang setuju untuk datang lagi?
Selain dari pujukan anak-anak, antara sebab lainnya adalah sebab suasana resort ni.
Aman tenteram. Ala-ala kampung...
Untuk pengetahuan korang, bumbung setiap villa pun dari daun nipah (kalau tak silap Ammal la)
Memang kampong habis!
Kalau bukan daun nipah, daun apa ye? huhuhu...
Masa 1st night aritu, hujan lebat, abis berterabur serpihan daun dari atap ni jatuh kat balkoni...

King bed untuk Superior room.

Buat yang tak tahu, nama lama Avani ni ialah Golden Palm Tree.
Sejak dah bertukar nama ni, nama-nama bilik pun dah bertukar
Kalau dulu bilik yang Ammal ambik ni namanya Travellers room.
Sekarang udah jadi superior.
Yang paling murah sekali, ini la dia!
Ok jer untuk kitorang empat beranak. Ada satu katil king & satu day bed.
Bilik air dia separa terbuka. Seksi & seksa.
Kalau nak mandi, sila pastikan bidai yang sedia ada tu, korang turunkan.
Kalau takkk... hahaha... sendiri faham!
Setiap unit juga ada balkoni untuk korang duduk-duduk sambil ambik angin laut.
  
 Bilik air yang 'seksi'
 Meja kerja

 Balkoni

Pandangan dari atas udara, gini la bentuk resortnya

 

Jalan resort yang lurus memanjang ni, bahagian batang pokok palma

Disebabkan bentuk resort ni yg memanjang dan bercabang, pihak resort sediakan buggy untuk semua pengunjung. Siap ada ala-ala bus stop untuk menunggu.
Kalau rajin, boleh jugak nak kayuh basikal.
Free ajer... boleh guna berapa lama korang nak. Tapi bila dah tak nak guna tu, pandai-pandai la park kat tempat yang disediakan ye...

Kawasan resort ni boleh tahan luasnya.
Restoran je ada 5; Bila-Bila untuk buffet breakfast, Sepoi-Sepoi dekat tepi pantai, Perahu untuk bbq, Hai Sang Lou chinese restaurant & jugak Stimbot
Kemudahan dan aktivit yang disediakan pulak berderet panjang kalau Ammal nak listkan semua.
Antaranya ada infinity pool (kecik comel), gym, spa, kids club, aqua gym, yoga, zumba, beach games & macam-macam lagi.
Pihak resort jugak ada buat tour & excursion.
Owhh! Ada free wifi jugak! Syiok kan!?!
Idok ler macam hotel lain yg kena bayor internetnya!
  
View lobby pada waktu malam
Chandelier @ Sepoi-Sepoi... lawakan?
 


Paip merah hitam tu mesti untuk saluran air bersih & bahan buangan.
Kalau tak, cane gaya pulak air bersih nak sampai ke bilik & bahan buangan nak keluar ye dak?

Antara tour & excursionnya... berbasikal ke mana ntah.
Lupa pulak!

Cuaca & suhu harian depa tulis kat sini

Swimming pool ni dekat dengan pantai. 
Smiley Beach nama pantainya!

Antara aktiviti yg ada di pantai


Ni la infiniti pool comel yang Ammal gitau tu
 
 Cabanas yg disediakan di kawasan swimming pool

Yang kurang menarik di Avani ni, cuma pantainya.
Kotor dan tak sesuai untuk mandi.



Beratur kerusi untuk pengunjung berehat


Kalau rasa nak cari aktiviti yang thrill sikit, boleh pergi kat extreme park bersebelahan dengan kawasan free parking.
Ada go kart, ATV & paintball.
Free parking kat Avani ni jauh sket dari resort.
Tapi tak kisah pun sebab pihak resort ada sediakan van.
Punya la bagus servis diorang, turun naik van ni, akan ada yang tolong bukakan pintu.
Masa menunggu pun tak lama. Kalau rasa lama sikit, cepat-cepat diorang panggil guna walkie talkie.


Ni ler vannya 
Untuk makan malam pulak, kalau dah nama duduk dekat dengan pantai, tak makan seafood tak sah la kan!
Ada rezeki korang menginap kat sini, boleh try kedai Bayu Malam.
Kedai ni kat kawasan pantai Bagan Lalang, dekat-dekat situ jugak.
Harga murah dari satu lagi kedai yang Ammal try.
Untuk semua lauk di bawah, 6 nasi putih, satu jug air tembikai & 4 gelas air kosong semuanya RM108.
 
 
 
Sotong tepung yg lembut dan sedap
 
 Ikan bakar
 
Udang masak merah
 
Kailan goreng
 
Ok... itu ajer ceritera mini holiday Ammal.
Yang pasti, Ammal dah jatuh chenta ngan resort yang satu ni.
Ada rezeki, Insya-Allah boleh datang lagi!
 
Annyeong!

Saturday, 30 August 2014

Tips bercuti ke Hong Kong

Nak pergi bercuti ke Hong Kong?
Meh Ammal share serba sedikit yang Ammal ingat & tau ye...

Flight distance KL ke HK lebih kurang 1556 miles/ 2504 km.
Kapal akan terbang selama 3 jam setengah dan mendarat di HK International Airport di Chek Lap Kok.
HK ni ada 4 musim. Ammal recommend untuk pergi time winter bulan Disember.
Winternya cuma cuaca sejuk tanpa salji. Tapi tak la sejuk sangat. Paling tak, cuma kena pakai sweater.
Bulan Disember ni hujan dan taufan dah tak de. Panas pun kurang.
 
Nak tau camana gaya kalo travel masa taufan melanda Hong Kong?
Hujannnn manjang dan jugak angin ribut! Dah kata pun taufannn...huhuhu
 

Keratan akhbar keadaan taufan
Lagi keratan akhbar... tengok tu kilat yg menyambar. Scaryyy...
 
Nak keluar berjalan memang susah la.
Jadi la macam Ammal... hadap jer tingkap, tengok hujan yang menderu turun.
TV pun asik ler update status terkini. MTR boleh guna ke tidak. Boleh buat aktiviti luar ke tidak.
Dah la cakap cina kan. Hah! Memang 'faham' sangat laa :p

Layan perasaan tengok hujan :/

Ok, sesampai jer kat airport, benda pertama you all kena buat ialah cari & collect segala macam brochures & pamphlets yang ada kat airport tu.
Kat dalam tu nanti akan ada macam-macam info, vouchers & discounts! hehehe...
 
Airport transfer
Untuk pergi ke tempat penginapan, you all boleh pergi ke kaunter Hotel Transport.
Kalau nak rasa mewah sket, boleh ambik limo. Pick-up kat depan pintu airport. Beg chauffeur angkat. Pintu kereta dia tolong bukak... perasan jadi org kaya la kejap... hehehe
 
Kalau nak jimat, boleh ambik shuttle bus. Jimat pada $$ tapi tidak pada tenaga...hehehe.
Jadi sila laaa berjalan untuk sampai ke tempat parking shuttle berkenaan...
 
Kaunter hotel transport
 
Kelebihan kalau naik shuttle bus ni, walaupun penat sket, tapi disebabkan bas kan tinggi, dalam perjalanan, boleh tengok view macam dalam 2 gambar di bawah ni.


 
 
 
Tempat penginapan
Walaupun Hong Kong ni ada 5 district, untuk penginapan, Ammal recommend you all pilih samada nak duduk di Hong Kong Island atau di Kowloon.
Ammal lebih suka duduk di pulau Hong Kong sebabbbb... emmm sebab apa ye?
Tak reti nak explain. Cuma kat Kowloon tu, ramai orang luar.
Pakistan, Bangladesh, Indonesia semuanya macam berkumpul kat Kowloon.
Keadaan agak kotor sikit... faham-faham sendiri la ye...
 
Kalau pilih nak duduk di Hong Kong Island, kena pilih jugak nak duduk kawasan mana. 
Hotel merata ada!
Terpulang la nak cari hotel di Causeway Bay ke atau kat Central ke, Soho, Mid-Levels, Admiralty atau Wan Chai.
Pening? Haaa... Ammal pun pening masa mula-mula nak pergi dulu.
Pandai-pandai kome ler nak pilih yang mana... hahaha
 
Ammal cuma boleh bagi tips satu ni...
Kat Hong Kong ni, Ammal anggap rate hotel dia macam pasaran saham sikit.
Jadi apa yang you all boleh buat ialah... lepas pilih beberapa hotel yang berkenan di mata, di hati dan di poket...hahaha... sila la hantar satu emel, b.c.c. ke semua hotel-hotel tu. Senang keje!
Bagitau dalam emel tu date nak check-in, berapa malam, berapa orang dannnn BERAPA BEST RATE yang diorang boleh offer!
Believe me!! Korang boleh bargain lepas dapat reply!
Tak nak buat kalu... atau MALAS, tak payah la ikut tips Ammal tu! :p
 
Aktiviti & tempat menarik
Apa aktiviti yang boleh buat kat Hong Kong ni?
Banyakkk...
You all boleh pergi The Peak, Disneyland, Ngong Ping, Hong Kong Wetland Park, Ocean Park, Hong Kong Science Museum & segala macam jenis museum lain, shopping kat Ladies Market atau boleh jugak shopping kat Citygate Outlet, try Central Escalator sambil jalan-jalan dan bermacam-macam tempat & aktiviti lagi.
 
The Peak Tram
 
Tu tram dah sampei!
 
View dari The Peak
 
Saujana mata memandang!
 
Hong Kong Disneyland
 
Hong Kong Disneyland

Bangunan-bangunan kat Hong Kong ni tingi-tinggi & kecik. Bilik hotel pun sempit!
Sebab diorang kekurangan tanah kan. Kat pinggir-pinggir bukit pun diorang boleh buat rumah!
Memula datang, rasa cam sakit tengkuk tengok bangunan dia. Jenuh nak kena mendongak jee..

Nampak bangunan yang dua tu? Nipis macam biskut cracker!
 
Tinggi-tinggi kan bangunan dia?

Public transport
Public transport kat Hong Kong yang senang, cepat & tepat, MTR!
Turun naik escalator kat station sana pulak, ada adabnya.
Jangan ikut suka macam kat KL!
Kena berdiri menghimpit ke kiri kalau nak turun dan ke kanan kalau nak naik kalau tak silap Ammal.
Kalau Ammal salah, maaf la ye. Sila la tengok cane org lain buat. Ammal lupa suda!
Adab gitu sebab nak bagi ruang kosong utk yang berjalan laju, panjat turun tangga cam tangga biasa.

Sebagai pelancong, kalau rasa nak berjalan seharian naik MTR, boleh beli day pass.
Dalam day pass ni pun kadang-kadang ada voucher & discount... Ammal sukeee!!

Tapiii... Ammal TAK recommend you all naik teksi ye!
Sangat mencabar dan sedikit bahaya.
Kebanyakan pemandu teksinya tak pandai berbahasa Inggeris.
Kalau nak ke mana-mana, kena ada tulisan cina tempat yang dituju & tunjukkan kepada driver.
Kalau tempat tu dia rasa dekat, memang la dia tetap ambik, tak macam driver teksi kat KL ni.
Tapiiii... sepanjang perjalanan dia akan membebel. Dan dari intonasi bebelan dia tu, kita tau dia sedang marah.
Dannn buat pengetahuan you all, kena huluq tips hokay!

Tourist day pass



Station yang lawa ni namanya Sunny Bay.
Kenapa lawa? Sebab sini ler station MTR ke Disneyland!

Yeay! Train Disney dah sampai!!hihihi

Restoran dan kedai makan
Bab makan pulak...
Nak cari makanan halal kat Hong Kong memang la susah..
Tapi ada satu kedai ni; Ebeneezers. Boleh tahan banyak jugak cawangan dia.
Family Ammal semua suka dengan makanan dia.
Harga dalam RM untuk seorang makan?
Standard la... lebih kurang sama kalau ke negara2 lain.

Nak tengok menu depa, tu... ada alamat websitenya

Kalau kat airport pulak, boleh makan kat restaurant Popeyes!
Kalau nak list kedai makan lain?
Nanti Ammal buat entry lain la pulak noo...
Penat naip dah!

Disahkan halal!

Untuk maklumat lanjut, you all boleh check website ni:
 
 
 
Annyeong!


Tuesday, 26 August 2014

Persediaan melancong 2: Visa untuk warganegara Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia, tak semua negara you all boleh pergi hanya dengan passport.
Selain dari passport, dokumen lain yang perlu you all ambil perhatian ialah visa!
Cara paling cepat, you all boleh check kat sini:

http://en.wikipedia.org/wiki/Visa_requirements_for_Malaysian_citizens

Kalau nak tahu lebih lanjut, check la dengan embassy negara yang you all akan pergi tu.
Jangan ambil mudah ye. Jangan dah dekat-dekat nak pergi, baru nak pergi apply.
Ada masalah, memang mendapat la kan!
Jadi sila la apply paling lewat 3 bulan sebelum travel.
Sepanjang pengalaman Ammal melancong, hampir semua visa application ada fees yang perlu dibayar.
Ada yang mahal, ada yang murah.
Mahal pun tak la sampai seribu ringgit. Ratusan ajer...
Validity nya pun berbeza-beza. Ada yang valid 3 bulan, 6 bulan, 10 tahun...
Jenis-jenis visa pun ada pelbagai. Ada student visa, tourist visa, official visa (yg ni selalunya free) dan macam-macam lagi la.

Ada sesetengah visa yang kalau you all malas, boleh jer mintak travel agent buatkan. Bayor ajer upahnya.
Sesetengahnya pulak, memang kena buat sendiri A to Z.
Visa yang dah berjaya permohonannya, kemudiannya akan ditepek kat dalam passport.
Kalau visa yg validity nya sampai 10 tahun tu, 'selamat' melancong dengan 2 passport la ye!
Jenuh aihhh...

Annyeong!

Semakan status kawalan Imigresen Malaysia

Sebelum nak travel, cer check dulu kat status kawalan ni.
Mana la tau kot-kot tersangkut...

http://sspi2.imi.gov.my/default.aspx

Yang ada hutang PTPTN pun jaga-jaga ye!


Annyeong!